Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2025 @ 3:54pm

Nabil Ahmad Dedah Menangis Di Masjid Selepas Dapat Berita Sedih, Berzikir & Beramal Sepanjang Tempoh Direhatkan

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad tidak berbuat apa-apa dan hanya menumpukan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan selepas berdepan dengan kontroversi yang menghimpitnya bersama dua lagi rakan penyampai, Azad Jazmin dan Radin Amir Affendy.

Malah, tiga penyampai radio itu sudah menerima hukuman atas kekhilafan apabila direhatkan serta merta.

Namun, tiada guna dikesali, nasi sudah menjadi bubur. Nabil sifatkan apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Mungkin inilah juga peluang buatnya menggandakan ibadah dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

“Apa yang dapat saya katakan, semua pihak kena ambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

“Pengajarannya, kami juga kena lebih berhati-hatilah membuat video parodi pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, dia lebih banyak berzikir dan buat amal sepanjang tempoh direhatkan.

“Saya percaya tiada perkara yang tidak baik. Mungkin daripada mata kasar kelihatan seperti tak baik, tetapi ada kebaikan tidak diketahui.

“Jadi, bersangka baiklah kepada Allah, pasti perkara baik-baik akan menyusul, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pihaknya tetap menyambung kontrak Nabil biarpun kini dihambat kontroversi.

“Jangan risau, kontrak Nabil tetap disambung, Semua orang buat silap dan Nabil pun sudah meminta maaf. Saya melihat Nabil seorang yang jujur dan ikhlas.

“Saya akan sokong Nabil dan berharap peminat memberi semangat kepadanya.

“Saya dan Nabil sudah 15 tahun bersahabat. Ketika berdepan kesukaran dalam perniagaan ketika pandemik COVID-19, Nabil datang membantu saya. Dia adalah sahabat sejati,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi podcast Aididitmyway yang dikendalikan oleh Aidid Marcello, Nabil mendedahkan dia menangis selepas mendapat surat yang dia perlu direhatkan selepas kontroversi terjadi.

@aididitmyway Bayangkan besarnya ujian bila dapat tahu direhatkan dari kerja. Air mata berjurai di masjid sambil fikir masa depan anak-anak dan impian pendidikan mereka🥲 Sebuah kisah perjuangan dan pengorbanan yang penuh inspirasi 🤲🏻 Tonton episod penuh di AididItMyWay. #aididitmyway #AIMW #podcast #aididmarcello #nabilahmad #nasihat #kerja @Aidid.Marcello @Nabilahmad ♬ original sound – AididitMyWay

“Saya nangis bang. Ketika itu, saya berada di Masjid Bandar Utama. Saya dapat surat direhatkan tu lepas kami keluar dari Bukit Aman. Saya buka surat tu, say abaca, saya terus pergi masjid Bandar Utama yang terletak di belakang rumah, saya menangis di sana.

“Dah habis ke? Saya dekat hujung ke? Aku dah kena jual apa ni kan? Saya tak pernah tak bekerja. Saya bercuti pun sebab saya mahu bercuti, saya mohon cuti, pergi umrah, pergi melancong dan sebagainya.

“Apabila saya sedang bekerja dan memerlukan kerja, anak-anak sedang membesar, apabila dapat surat sebegitu, saya rasa ‘mental’, saya rasa tak percaya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Trending Wed, 1 Jul 2020

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadannya..

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

16 Tahun Tanpa Album, Jackie Chan Siap Sedia Asah Suara!

Bakal tampil dengan album terbaharu tak lama lagi, pelakon berusia 64 tahun ini dah tak sabar untuk menghiburkan kita dengan lagu-lagu terbarunya. Fuh, mesti gempak ni!

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Selami Kehidupan Asnaf Dalam Akil Dan Juan

Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakon Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli untuk sama-sama meringankan beban golongan asnaf. Jangan lupa terus tonton di TV3 pada 15 September ini ok!

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

After What Had Happened In South Korea, Ailee Plans To Mark Her Name In The States

Not only she’s planning on marking her name in the States, she reassures fans with nation-wide tour!

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Wed, 2 Jan 2019
error: Content is protected !!