Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 4:29pm

Nedim Nazri Puji Masakan Nora Danish – “Cik Manis Ni Kalau Masak Memang Sedap!”

Bekas suami pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri secara terbuka memuji masakan aktres tersebut.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs), Nedim berkata Nora tidak pernah ‘gagal’ memasak makanan yang menyelerakan.

“Bukan selalu cik manis ni masak.. when she cooks is super good! Well done, mummy,” katanya ringkas di ruang kapsyen.

Video tersebut memaparkan Nora kelihatan manis memakai busana berona coklat yang diluhat menghidangkan makanan masakan Melayu kepada bekas suaminya itu.

Sebelum ini, Nora memaklumkan dia tidak kekok menghadiri majlis ilmu bersama bekas suaminya itu.

Kata Nora, dia tidak melihat salahnya jika mahu berbuat kebaikan apatah lagi Nedim juga adalah bapa kepada anaknya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 namun sah bercerai talak satu pada 19 Jun tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, namun bercerai pada 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 May 2020
Hiburan Mon, 18 May 2026

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

ABPBH 37 Cipta Rekod Baharu Dengan 61.7 Juta Undian

Rekod baharu untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian!

Hiburan Mon, 7 Oct 2024
Featured Tue, 24 May 2022

Bunga Citra Lestari Sudah Move On – ” Saya On The Way Menuju Bahagia”

Pastinya ini bukan proses yang mudah ya buat BCL

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Featured Fri, 22 Sep 2023
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

error: Content is protected !!