Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 4:09pm

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Drama Keluarga Itu terus mencipta fenomenanya yang tersendiri apatah lagi bila watak Ansara, lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

Bagaimanapun, menurut pengarahnya, Erma Fatima, dia menawarkan projek itu kepada Fattah sebelum isu cerainya berlaku sekaligu stidak peduli tentang sebab dan punca perceraian mereka.

“Saya menghasilkan skrip Keluarga Itu dan menawarkannya kepada Fattah sebelum dia bercerai. Saya tidak pernah peduli tentang sebab atau punca perceraiannya.

“Sama ada kebetulan atau tidak, saya sendiri tidak pasti. Mungkin bahagian perceraian itu ada persamaan, tetapi selain itu, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Apa yang pasti, cerita ini sudah pun dirancang lebih awal.” katanya.

Spekulasi ini mula mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, apabila ada warganet yang sanggup meninggalkan komen seperti “Macam kisah benar Fattah pula…” dan “Kenapa watak Fattah dalam cerita ini seakan-akan kisah hidupnya sendiri?”.

Sedar dengan respons yang diberikan, tuan empunya badan ketika ditemui pada majlis Istimewa Iftar Keluarga Itu pada Rabu lalu bagaimanpun enggan mengulas lanjut.

Katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan pengarah dengan sebaik mungkin.

“Soal jalan cerita atau watak, saya tak boleh ulas kerana pelakon hanya menerima skrip daripada penulis dan pengarah. Namun, bagi saya, yang paling penting adalah menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Itu sahaja,” jelasnya.

Sekadar info, jangan lupa untuk menyaksikan episod seterusnya dalam Keluarga Itu pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3!

Strim juga 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk tontonan lebih awal.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Apr 2021

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19. Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan. “Saya baru […]

Featured Sun, 27 Jun 2021

Bantuan Lebih Komprehensif Kepada B40, M40 Dan T20 – Perdana Menteri

Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan […]

Trending Mon, 30 Aug 2021

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Tahniah buat frontliners dan penduduk Lembah Klang!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

“Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang”- Elfira Loy

El dijadikan sebagai tempat meminta hutang adiknya?

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
error: Content is protected !!