Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 30, 2025 @ 10:00am

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Penyanyi dan pelakon tersohor, Datuk Awie, memilih untuk menyambut Aidilfitri secara sederhana tahun ini kerana tidak semua anak-anaknya dapat berkumpul bersamanya.

Ketika ditemui XTRA, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkongsi bahawa anak-anaknya dari perkahwinan pertama dan kedua meraikan lebaran bersama ibu mereka masing-masing.

Keadaan ini, katanya, membuatkan suasana di rumah sedikit sunyi dan kurang meriah berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun ini persiapan biasa sahaja kerana ada anak-anak saya yang tidak dapat beraya bersama. Mereka balik ke rumah ibu masing-masing.

“Sudah tentu saya rasa sedih kerana rumah terasa kosong, hanya ada anak-anak yang masih kecil. Saya menunggu mereka pulang dalam dua tiga hari lagi, dan ketika itu barulah kami akan beraya semula. Namun, kita tetap perlu menghormati giliran masing-masing,” ujar Awie.

Menurutnya, persiapan raya dilakukan secara sederhana dengan hanya mengemas rumah dan mengenakan pakaian seadanya.

Meskipun begitu, semangat untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa tetap ada, walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

Awie berkongsi bahawa dia lebih memahami erti seorang bapa melalui anak sulungnya, dan ketiadaannya ketika Aidilfitri menambah rasa rindu dan sayu dalam hatinya.

“Kalau anak-anak tiada, saya rasa sedikit lemah, tambahan pula mereka sudah dewasa. Seorang bapa akan mengenali erti tanggungjawabnya daripada anak sulung. Jadi, apabila anak sulung tidak ada, memang terasa perbezaannya.

“Bukanlah bermaksud anak-anak lain tidak memberi makna, tetapi anak sulunglah yang pertama sekali memberikan gelaran ‘bapa’ kepada kita. Saya tak tahulah nanti bagaimana rasanya apabila dia berkahwin kelak. Tetapi raya tetap raya, kita harus meraikan kemenangan berpuasa,” tambahnya lagi.

Meskipun beraya berjauhan, Awie tetap menerima ucapan daripada anak-anaknya lebih awal, malah ada yang sudah mengalirkan air mata sebelum tibanya Aidilfitri.

“Sebelum raya lagi mereka sudah menangis. Bila pagi raya tiba, saya mula menerima mesej-mesej daripada mereka,” katanya.

Untuk rekod, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Arni Nazira dan dikurniakan dua cahaya mata, Putri Aleeya Antasha serta Putri Aleefa Antasha.

Aiw kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 2005, namun perkahwinan itu berakhir pada 1 November 2014 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.

Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Sharifah Ladyana dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Featured Thu, 13 Nov 2025
Featured Sat, 19 May 2018

Tiada Kaitan DNA Namun Selebriti Hollywood Ini Memiliki Raut Wajah Seiras

Terbaru di laman YouTube memaparkan selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras biarpun mereka sama sekali tidak mempunyai pertalian darah.

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Featured Fri, 14 Oct 2022

Caprice ‘Koyak’ PU Syed Tegur Urus Aurat Bini, Netizen Kecam Minta Jangan Sibuk- “Kan Dah Makan Diri! Sibuk Sangat Pasal..”

Kecoh nama Caprice dua tiga hari ni. Hmm apa pendapat korang pasal ni? Wajar tak Caprice dedahkan perbualan antara mangsa gangguan seksual PU Azman?

error: Content is protected !!