Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 1, 2025 @ 9:00am

Sambut Syawal Di Kuala Lumpur, Alif Satar Tak Kekok.. Rumah Ibu Jadi ‘HQ’ Berkumpul 

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar tetap merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Malah, rumah ibunya menjadi tempat berkumpul buat mereka sekeluarga termasuklah rakan-rakan, menjadikan suasana perayaan tetap bermakna bagi dirinya.

Kata Alif, bagi sesetengah orang, kampung halaman adalah jiwa Aidilfitri, tetapi baginya kebersamaan dengan keluarga tercinta lebih penting daripada lokasi sambutan.

“Saya dah 10 tahun raya kat KL. Saya memang team raya KL. Sebagai anak lelaki sulung kepada tiga adik perempuan lain, sepanjang 10 tahun, Raya pertama dan kedua saya memang akan tidur di rumah mama.

“Raya tahun ni rumah baru mama pula. Jadi, best dan rumah mama akan jadi HQ untuk sambut raya. Semua orang tahu saya akan raya di KL, jadi mereka akan datang ke rumah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Alif juga berkongsi sambutan Hari Raya pada tahun ini akan dilakukan di kediaman baru ibunya, sekaligus menjadikan rumah tersebut sebagai ‘kampung’ halamannya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Akhiri Penantianku ini berkata, meskipun sudah 10 tahun beraya di Kuala Lumpur, namun anak-anaknya tahu mereka ada keluarga di negeri lain seperti Penang dan Kulim, Kedah.

“Anak-anak saya tahu yang kami ada keluarga di Pulau Pinang. Kadang-kadang balik pulau, kami ziarah keluarga saya di Kulim.

“Tapi berbeza la sekarang, dulu kalau balik kampung memang kampung betul kan? Sekarang kampung kita pun macam dah tak kampung, pusat beli-belah pun dekat sahaja.

“Tapi raya di Kuala Lumpur pun syok juga, anak-anak enjoy. Cuti pun tak lama, nak menghadap jam. Boleh hilang mood nanti,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Thu, 1 Sep 2022
Trending Fri, 26 Jul 2024

Lebih jimat, lebih tahan lasak- HONOR 200 Lite Menjadi Pilihan Pengguna!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia tau. Ini kerana telefon ini bukan sahaja mampu milik tapi prestasi telefon tersebut  juga memberangsangkan. Siri HONOR N ni memang […]

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Bagus abby abadi didik anak-anak tentang politik

Eat Travel Wed, 28 Aug 2019

4 snek yang anda boleh ‘masak’ dengan seterika

Tiada dapur masak atau pan? Tiada masalah!

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

阿哲漂移赛车成绩亮眼!横扫2项年度总冠军!

东于哲成员陈泽耀(阿哲)一口气在马来西亚速度节的漂移赛事(Drift Gonzo)拿下「Super  1600」和「Street Categories」两个项目的年度积分总冠军! 阿哲近年来醉心于赛车并成为业余赛车手,这是他继歌手、演员,最广为人知的身份;今年演艺行程虽排得满满,但他仍抽出时间参加各大小的漂移赛事,优异的表现更让他拿下马来西亚速度节(MSF)两个项目的年度积分总冠军,真正地以实力说话拿出真本事得奖。 阿哲表示这是他第一次参加累积分数的赛事,却每场都出席比赛,相当积极累积比赛经验。他透露,并不是每一场比赛都抱有很大的胜算,相比起获奖他更注重的是比赛中得到的经验。  他透露参赛各种赛事的过程其实并不顺利,各种突如其来的意外看起来都十分触目惊心,虽然挫折感但也感叹一路走来其实很励志。 “毕竟我是从零开始学习,到接触比赛,然后得奖。这可以激励更多想踏出第一步的朋友们,勇敢的去做自己喜欢的事情,会有意想不到的惊喜。”  阿哲目前已向公司请假,正计划在明年参与泰国的漂移比赛,并专注较大的漂移比赛上。“2019年会慢下脚步,看准一些大型的赛事才参加。希望有一天能在国外比赛,从赛事主持人口中介绍我是来自马来西亚的车手。”   最热娱乐焦点、最新艺人动态,守着八度空间中文娱乐新闻节目《八八六十事》。

Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

error: Content is protected !!