Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 3:28pm

[VIDEO] Meruntun Jiwa, Thalita Sebak Imbau Detik Kehilangan Arwah Siti Sarah – “Rasa Tak Layak Kawan Dengan Orang Ada Ibu…”

Anak perempuan pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita berkongsi perasaan saat pertama kali mendapat tahu berita pemergian ibu tercintanya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

Dalam sebuah video menyentuh hati menerusi Dol’s Podcast, Shuib bertanya kepada anaknya tentang perasaan sebenar yang dialami ketika menerima berita duka itu.

“Daddy nak sangat tahu… Masa pertama kali tengok dekat TV tu, apa yang Dekta rasa?” soal Shuib dengan penuh kasih sayang.

Thalita, yang kini mula menapak dalam dunia nyanyian, mengakui bahawa dia sukar mempercayai kenyataan tersebut.

“Dekta ingatkan ini semua prank… Waktu tu daddy cakap nak pergi kerja, tapi pakai baju yang sama. Dekta tanya Uwais, ‘takkanlah pergi kerja pakai baju yang sama?’

“Bila tengok gambar ibu dalam warna hitam putih, Dekta terus menangis… Rasa macam tak percaya,” katanya dalam nada sebak.

Namun, apa yang lebih memilukan, Thalita turut meluahkan perasaan rendah dirinya setiap kali berada di sekolah.

Melihat rakan-rakan berbicara tentang ibu mereka membuatkan dia terasa asing dan seolah-olah tidak layak berkawan dengan mereka.

“Lepastu bila pergi sekolah, semua orang cakap pasal mak dia tapi Dekta rasa macam saya seorang saja tak ada mak. Dekta rasa macam tak layak nak kawan dengan mereka,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOL’S Podcast (@dolspodcast)

Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Kemudian, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Terkedu Dengar Soalan Matin, Luah Rasa Kehilangan Arwah Siti Sarah – “Kenapa Sekarang Tak Best Macam Dulu?”

Sumber, kredit video: Dol’s Podcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

Events Tue, 23 Apr 2019

刘力扬久未来马自嘲粉丝不见了!最想与曹格合作

Jeno刘力扬相隔7年再度来马,以旋风式展开宣传行程,为即将发行的新专辑暖身。

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Julia Ziegler Hamil 4 Bulan, Naik 10 Kg?

Berbadan dua menyebabkan berat badan pelakon, Julia Ziegler naik 10 kilogram….

Featured Sat, 11 Oct 2025

Trend ‘Sugar On My Tongue’ Fattah Amin & Amira Othman Dikritik, Netizen Anggap Tak Sesuai

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman menjadi perhatian netizen.

Trending Tue, 11 Sep 2018
Featured Mon, 27 Dec 2021

“Kenapa Siap Tidur Dekat Situ?”- Berkhemah & Berjaga Di Kubur, Rupa-Rupanya…

Satu video di TikTok yang menunjukkan tiga orang individu sedang duduk dan berbaring di sebelah sebuah kubur telah menimbulkan pelbagai pertanyaan netizen. Video yang dimuat naik oleh @oreo_bamban itu disertakan kapsyen, “Jaga mental kalian walaupun […]

error: Content is protected !!