Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 5:29pm

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Pempengaruh popular, Ryan Bakery tampil dengan karya sulung berupa filem pendek ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Syawal tahun ini.

Sarat dengan emosi dan pengajaran, ‘Raya Dipelukan Mak’  mengisahkan tentang dua beranak (Aman dan Mak Ani) yang hidup bersendirian tanpa kehadiran bapa.

Jelas Ryan, idea untuk menghasilkan filem pendek ini sudah ada sejak beberapa tahun yang lalu, namun pada ketika itu dia hanya melihat ramai rakan-rakan terdekat menghasilkan drama pendek raya.

“Selama ini orang hanya nampak kepada sisi lawak saya sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya mencari dan meneroka sisi lain dengan terhasilnya ‘Raya Dipelukan Mak’.

“Melalui idea yang ada, kita kembangkan lagi jalan cerita agar lebih menarik sehingga naskhah ini disiapkan sepenuhnya,” katanya.

Selain Ryan, pelakon lain yang terlibat dalam ‘Raya Dipelukan Mak” ini adalah, Khatijah Tan, Ellie Suriaty Omar, Fendi London, Uyaina Arshad, Adriana Adnan, Dafi dan To’ Puan Syamim Freida.

Turut serta, Badron Munirah, Farihin, Wanchai, Adam Bakery, Black, Riev Wafa, Rushdan Wafa selain kemunculan istimewa isteri Ryan, Elyia Ibrahim.

 

Tambahnya lagi,  apa yang cuba disampaikan di dalam filem pendek ini merupakan isu biasa namun sering melanda hubungan sesama ahli keluarga.

“Ada banyak mesej yang saya cuba sampaikan di dalam karya ini.

“Anak-anak mungkin berhati-hati dalam menjaga hati orang tua tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang melukakan hati orang tua.

“Kisah sebegini memang banyak terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari. Saya harap mesej ini sampai kepada mereka yang menonton seterusnya membawa kebaikan kepada semua,” jelasnya.

‘Raya Dipelukan Mak’  diterbitkan oleh Ryan dan Elyias Omar dan mula ditayangkan mulai 27 Mac lalu menerusi saluran YouTube Ryan Bakery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Saiful Akui Imej Kini Bertentangan Dengan Agama, Namun Enggan Hipokrit

Saiful enggan hipokrit, keputusan dilakukan tak menyusahkan sesiapa

Hiburan Fri, 9 Aug 2019
Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Thu, 29 Jan 2026

Aktor Popular Berusia 40-an Direman 3 Hari, Bantu Siasatan Kes Dadah

Pelakon lelaki tersebut kini ditahan selama 3 hari sehingga esok.

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Tajul Ariff Dedah Wajah Anak Menerusi Video Muzik Terbaru

Wah! Mesti ada yang dah tak sabar nak tengok wajah si cilik Adriana Carissa!

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Kereta Mewah Remuk, Safiey Ilyas Kemalangan Jalan Raya

Semuanya terkawal, hati-hati yeah lepasni…

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

崔始源有望回归! Super Junior 4月发片「MV已拍好」

韩国偶像团体Super Junior去年好不容易等到大部分成员退伍,去年底发行新专辑回归乐坛,却接连发生晟敏被粉丝抵制,以及始源家狗疑似咬伤人致死,最后仅有6人参与宣传活动,希澈更因脚伤无法表演,让粉丝感到难过,不过最新消息是始源已参与新专辑录音,SJ将在4月回归乐坛!

error: Content is protected !!