Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:21pm

Heo’s Diner: Pengembaraan Kulinari Merentas Mara Yang Penuh Misteri & Keajaiban!

Bersiap sedia untuk menyelami dunia magis Heo’s Diner! Sebuah kisah epik yang menggabungkan fantasi, misteri, dan seni kulinari dalam 10 episod penuh kejutan.

Setiap hidangan bukan sekadar sajian di atas pinggan, tetapi juga menyimpan rahsia, sejarah, dan keajaiban yang menghubungkan masa lalu dengan masa kini.

Dalam setiap episod, penonton akan dibawa mengembara ke dua dunia yang berbeza iaitu era silam yang penuh konspirasi dan zaman moden yang serba mencabar.

Bersedialah untuk sebuah pengalaman tontonan yang menggugah emosi dan meninggalkan kesan mendalam!

Tayangan serentak dengan Korea, hanya di Tonton bermula 24 Mac 2025! Jangan ketinggalan untuk mengikuti episod baharu setiap Isnin & Selasa, jam 4.00 petang.

Heo’s Diner menampilkan bintang terkenal seperti Xiumin (EXO) sebagai Heo Gyun, Chu So-jung sebagai Eun-sil, Lee Sae-on sebagai Lee Hyuk, serta Lee Soo-min dalam peranan berganda sebagai Mae-chang dan Mi-sol.

Diarahkan oleh duo berbakat Oh Hwan-min dan Kim Kyeong-eun, drama ini menjanjikan gabungan fantasi, romantik komedi, dan keajaiban gastronomi yang mengujakan!

Sinopsis: Dari Zaman Joseon ke Abad Ke-21!

Mengisahkan Heo Gyun, seorang pemikir revolusioner dari era Joseon yang bercita-cita menghapuskan sistem kasta demi sebuah masyarakat yang lebih adil.

Namun, idea radikalnya menyebabkan dia dibuang negeri dan menjadi buruan penguasa.

Dalam satu peristiwa tragis, ketika nyawa di hujung tanduk, Heo Gyun secara misteri terhumban 400 tahun ke hadapan ke tahun 2024 di Seoul!

Diselamatkan oleh seorang ibu dan anak perempuannya, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan dunia moden.

Tanpa disangka, takdir membawanya ke dapur restoran milik keluarga itu, di mana dia dipaksa menjadi cef utama walaupun tidak pernah membayangkan dirinya memasak dalam dunia moden!

Namun, ada satu persoalan yang tidak pernah hilang dari fikirannya: Siapakah yang telah membunuhnya di masa lalu?

Ketika misteri pembunuhannya mula terungkai, ia membawa kepada rahsia yang jauh lebih besar daripada sangkaannya.

Dengan konflik semakin memuncak dan masa kian suntuk, mampukah Heo Gyun merungkai kebenaran sebelum semuanya terlambat?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Heo’s Diner, kisah yang menyatukan warisan silam dengan keunikan zaman moden, hanya di Tonton mulai 24 Mac 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Rancang Nikah Tahun Depan

Eyka dan Akhyar merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah lima tahun menyulam cinta. Tahniah!

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Trending Wed, 9 Jan 2019

Tersalah Letak Gambar Pengantin, Habib Jewels Mohon Maaf

Alamak, macam mana boleh tersalah gambar pengantin pula ni? Hehe…

Hiburan Mon, 14 May 2018

众人为「大众妈咪」黎明姨庆最后的母亲节

拿督黎明设灵第2天适逢母亲节,黎明姨子女特地与公众一起为这位大马人三代集体回忆的“大众妈咪”庆祝她人生最后一个母亲节,场面温馨又伤感。其子女齐称黎明姨是一位“超级妈妈”,长媳更指黎明姨是世上无可取代的家婆!

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Abby Abadi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa syukur terhadap status rumah tangga membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania bersama bekas suami, Ahmad Aslam. 

Events Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

error: Content is protected !!