Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:24pm

Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’: Sebuah Kembara Nostalgia Di Mega Star Arena 26 Julai 2025 Ini!

Di bawah anjuran bersama SS Karya Venture dan Republic Mokhmah Records, Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’ bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi membawa kisah perjalanan dua kumpulan legenda tanah air yang telah mengukir nama dalam industri muzik selama berdekad lamanya.

Dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025, konsert ini bakal menjadi sebuah penceritaan tentang suka duka, pencapaian, dan dedikasi Slam serta Exists dalam dunia seni.

Menurut Shah Nizam Abdul Halim, pengasas SS Karya Venture, pemilihan tajuk ‘Slam X Exists-Our Journey’ bukan dibuat sewenang-wenangnya.

“Konsert ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menceritakan perjalanan panjang Slam dan Exists dalam industri. Mereka bukan hanya sekumpulan pemuzik, tetapi satu jenama yang telah meninggalkan impak besar dalam hiburan Nusantara,” katanya.

Tambahnya, setelah perbincangan panjang bersama kedua-dua kumpulan, mereka mahu memastikan konsert ini memiliki konsep yang tersendiri, berbeza daripada konsert sebelum ini. Maka, elemen ‘penceritaan’ melalui lagu-lagu dan persembahan menjadi tunjang utama.

Peminat bakal disajikan dengan deretan lagu malar segar yang menjadi simbol kejayaan mereka. Antara lagu yang bakal berkumandang termasuk daripada Slam, Rindiani, Gerimis Mengundang, Mentari Muncul Lagi, manakala Exists akan menyanyikan lagu Julia, Langkah Seiringan, dan Jesnita.

Shah Slam turut menyuarakan harapan bahawa konsert ini akan menjadi momen istimewa untuk peminat menikmati dan menghargai muzik Slam dan Exists.

“Muzik bukan hanya perjuangan individu, tetapi satu wadah yang menyatukan kita semua. Kami berharap peminat akan terus menyokong muzik dengan cara yang sihat dan penuh penghargaan,” katanya.

Sejarah kedua-dua kumpulan ini saling berkait. Slam lahir daripada salah seorang anggota Exists, Shah, yang kemudiannya menempa kejayaan bersama barisan ahli lain seperti Lili, Man, Zamani, dan Eddie.

Sementara itu, Exists terus berkembang dengan formasi anggota yang berubah sepanjang lebih dua dekad. Vokalis kumpulan ini silih berganti daripada Mamat kepada Ezad, yang kini kembali menggalas peranan utama. Bersama Ajai, Ujang, Along, dan Musa, Exists terus memperkukuh identiti muzik mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ‘Slam X Exists-Our Journey’ secara langsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025. Tiket boleh didapati menerusi www.ilassoTicket.com/slamexists.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Trending Sun, 17 Nov 2019

Dapur Kaca Meletup Sewaktu Tunggu Ikan Rebus Siap

Dapoq meletup, selalu dok tengok dalam Facebook ja

Hiburan Wed, 4 Oct 2023
Featured Thu, 23 Apr 2026

Adira Suhaimi Kecewa Datuk Red Minta Bayaran RM100,000, Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Ditangguh

Kes pengesahan lafaz rujuk antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Khamis ditangguhkan pada 25 jun depan.

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ – “First Time Nampak Pakai Simple”

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ 😂 tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila 😭

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

error: Content is protected !!