Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2026 @ 3:33pm

Adira Suhaimi Kecewa Datuk Red Minta Bayaran RM100,000, Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Ditangguh

Kes pengesahan lafaz rujuk antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Khamis ditangguhkan pada 25 jun depan.

Kata Adira, dia kecewa apabila bekas suaminya itu meletakkan syarat dengan meminta bayaran sebanyak RM100,000 untuk membatalkan kes rujuk yang difailkannya pada Disember tahun lalu.

Tidak habis disitu, Datuk Red juga didakwa mahu mengenakan saman sivil berkaitan tuntutan hutang digugurkan.

“Dua tiga hari sebelum ni, dia ada buat tuntutan yang mana dia boleh mengaku depan hakim yang rujuk ini tidak berlaku, tetapi kena ikut syarat dia iaitu, gugurkan saman sivil dan dia nak saya bayar RM100,000 untuk batalkan kes rujuk,” katanya.

Dalam pada itu, Adira menegaskan, tuntutan yang dibuat Datuk Red sebagai tidak wajar dek kerana dia adalah individu yang bertanggungjawab menjaga dan menyara keluarganya.

“Tergamaknya dia, sanggupnya dia? bagi tuntutan macam tu terhadap bekas isteri dia yang bertungkus lumus menjaga anak-anak dia tanpa susahkan dia pun.

“Saya tak bersetuju sebab saya yang kerja pagi, petang, siang dan malam kerana ada tanggungan dekat rumah,” jelasnya.

Mengulas mengenai tuntutan saman sivil pula, Adira menjelaskan itu adalah wang pinjaman yang diberikan Datuk Red selepas mereka bercerai dan jumlahnya mencecah ratusan ribu ringgit.

“Tuntutan hutan ni sebenarnya duit pinjaman yang diberi selepas bercerai. Saya dah failkan tahun lepas.

“Jumlahnya bukan sedikit melibatkan ratusan ribu ringgit dan saya minat dia bayar balik. Tapi perkara ini masih dalam prosiding kerana dia (Datuk Red) bankrap,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Red mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Oct 2023
Featured Mon, 22 Dec 2025

“Kalau Anda Dapatkan Nasihat Daripada Coach Cerai, Nasihatnya Pun Akan Menjurus Kepada Perceraian” – Raja Ilya

Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.

Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Trending Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

‘ODE TO SPRING’ KEITH KEE INSPIRASI CHEONGSAM MODEN

Tambah Keith, beliau lebih suka kepada lukisan klasik berbentuk burung-burung Cina yang tidak terlalu berat untuk diserapkan ke dalam setiap rekaannya

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nak Tahu Apa Misi Terbaru Ejen Ali?

Tak sabar nak tengok Ejen Ali The Movie. Tunggu okay!

error: Content is protected !!