Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 2, 2025 @ 3:30pm

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Hafiz Osman pada November tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Nina meluahkan rasa syukur atas anugerah ini dan memohon doa agar kehamilannya berjalan lancar.

“Berehat seketika daripada posting Raya untuk memberi ruang kepada si kecil yang sangat dinantikan kehadirannya tahun ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi trimester pertama. Mohon doakan untuk si kecil dalam kandungan saya. Abah, kakak, dan mommy sangat teruja untuk bertemu denganmu, sayang, HN,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian tersebut segera dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta para peminat yang turut teruja dengan berita baik ini.

Sebagai info, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Thu, 1 Oct 2020
Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Sasha Saidin Maklum Keadaan Suami & Keluarga Selamat Di Dubai – “Keadaan Di Sana Masih Terkawal”

Sasha Saidin meluahkan rasa syukur keadaan suaminya, Sirhan dan rakan-rakan di Abu Dhabi dan Dubai

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Fasha Sandha mempertahankan gandingannya dalam drama bersiri Doa Yang Terlindung.

Events Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

AKTOR KACAK SENTAP DENGAN BAKAL MERTUA

Perselisihan faham berlaku apabila Zul menganggap lelaki berusia 60 tahun itu sebagai seorang yang tidak matang dan tidak gentle…

error: Content is protected !!