Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi April 8, 2025 @ 4:50pm

Kelenjar Tiriod Lebam, Zayn Rayyan M*ti Dijerut.. Dub*r Koyak Dimasukkan Objek Tumpul – Pakar Forensik

Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Royahu Shahar Adnan memaklumkan punca kematian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin disahkan meninggal dunia akibat dijerut kuat di leher.

Saksi pendakwaan ke-37 iaitu Dr Royahu, 54, memberi keterangan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak itu diperoleh pada 7 Disember lalu itu di hari ke-15 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi oleh ibu bapa mangsa, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30.

“Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal, malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sm di bawah telinga kanan dan kiri maka kesan ini adalah horizontal (melintang).

“Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, saksi turut memaklumkan menemui benda asing di rongga pernafasan dan dalaman perut mangsa, selain lelangit Zayn Rayyan dalam keadaan lebam.

Bukan itu sahaja, bahagian dubur Zayn Rayyan juga difahamkan terdapat kesan luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul, namun begitu, kedua-dua perkara tersebut tidak mematikan mangsa sebaliknya disifatkan sebagai penderaan fizikal.

“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.

“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Sun, 20 Jul 2025

Dakwaan ‘Penyondol’ Jejas Reputasi, Ganggu Kesihatan Mental… Alya Iman Buat Laporan Polis

Alya Iman nafi jadi punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 28 Apr 2026

“Itu Bukan Nasihat, Tapi Kutukan Yang Mendatangkan Dosa” – Disuruh Cari Kerja, Anak Norish Karman Bidas Netizen

Amanda turut berkata setiap tindakan dan usahanya mencari rezeki yang halal hanya diketahui oleh Allah SWT.

error: Content is protected !!