Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2025 @ 12:14pm

Muat Naik Foto Wajah Lebam, Linda Hashim Didakwa Beri Hint Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga? – “Siksa Di Dunia, Ketawa Di Akhirat”

Pelakon, Linda Hashim mencuri tumpuan netizen selepas berkongsi sebuah foto seolah-olah memberi bayangan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga bersama aktor, Beego.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Linda memuat naik foto memaparkan wajahnya kelihatan lebam di bahagian bibir.

Malah, di ruangan kapsyen juga Linda seakan menyifatkan penyiksaan yang dialaminya itu sudah berlarutan selama 9 tahun.

“Siksa di dunia, ketawa di akhirat. Sejak 2016,” tulisnya ringkas.

@lindahashim_hq

since 2016

♬ original sound – LindaHashimHQ – LindaHashimHQ

Meninjau ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen mendakwa Linda memberi ‘hint’ dirinya terseksa dalam perkahwinannya bersama Beego.

Bukan itu sahaja, Linda turut menekan butang like pada komen netizen yang mendakwa perkongsiannya itu adalah satu hint, sekaligus menguatkan lagi spekulasi berhubung rumah tangganya.


Kisah keretakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi buah mulut ramai apabila Linda nekad memfailkan penceraian pada awal Mac 2025.

Dalam satu kenyataan, Linda mengakui dia tidak lagi mampu mempertahankan ikatan perkahwinan mereka.

Beego pula secara terbuka mengakui dirinya bukan suami yang sempurna dan pernah melakukan kesilapan.

Namun, dia menegaskan tidak pernah sekalipun berlaku sebarang unsur keganasan terhadap Linda sepanjang perkahwinan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Netizen Tanya Pendapat Ibu Tunggal Bagaimana Nak Survive Jika Bekas Suami Tak Beri Nafkah, Fatin Afeefa Respons: “Tidur 3-4 Jam Sehari, Catu Makanan Kongsi Bertiga”

Fatin berkata dia juga terpaksa berkorban waktu tidur yang tidak mencukupi, selain mencatu makanan bersama tiga beranak.

Featured Fri, 2 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Susah Payah Tukar Kad Baru Dalam Keadaan Lumpuh, Wanita Terkilan Akaun Ibu Kena Block Tanpa Sebab

Allahhh 😢😢 Sedihnyaa 😩😢 Semoga Allah permudah segala urusan wanita ini dan ibunya yang bedridden 💔

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Kita Semua Sama, Tak Kira Drive Kereta Apa Pun… Yang Penting Buang Sifat Riak & Takbur” – Nur Fazura

Nur Fazura sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri

Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
error: Content is protected !!