Euforia Bola 2026
Trending By: Intan Mahsuri April 14, 2025 @ 5:07pm

[VIDEO] Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N? Jom Tengok Team Mana Yang Dapat Tawan Hati Juri!

Dua pasukan berentap siapa antara mereka akan memenangi cabaran Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N dalam menyediakan juadah Raya yang mantap!

Bersama hos anda Brenda dalam cabaran ini, kita akan saksikan antara dua kumpulan iaitu kumpulan MakCik menentang kumpulan Chef berentap menyediakan juadah Raya.

Dalam cabaran ini, kumpulan MakCik dianggotai oleh Amat Larbsib dan Auntie Purple, seorang suri rumah dan influencer yang terkenal di media sosial.

Kumpulan kedua pula kumpulan Chef yang dianggotai oleh Sha Banu berganding bersama Chef Zam, seorang chef profesional yang terkenal.

Tak lengkaplah cabaran memasak kalau tiada jurinya bukan? Juri bagi cabaran ini dibarisi oleh Chef Amir, Chef Amin dan juga hos, Brenda.

Peserta perlu menggunakan F&N Krimer Manis Sejat atau F&N Krimer Manis Kalsium serta satu Tin Misteri F&N dalam menyediakan tiga hidangan

Dalam masa 2 jam 30 minit, peserta diarah untuk menyediakan tiga hidangan juadah hari raya dan hidangan-hidangan ini meliputi satu minuman, satu main course dan satu dessert menggunakan F&N Krimer Sejat atau F&N Krimer Manis Kalsiumbersama bahan misteri iaitu F&N Dairies Mystery Cans.

Kedua-dua tin krimer ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan dan mempunyai kelebihan tersendiri untuk menjadikan hidangan anda lebih enak, mengikut kesesuaian juadah yang disediakan.

Tanpa kolesterol dan asid lemak trans, F&N Krimer Sejat adalah pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan hidangan buat orang tersayang. Boleh digunakan untuk memasak hidangan yang berkuah, krimer ini sesuai digunakan bagi melembutkan daging dan memekatkan lagi kuah memberikan rasa yang lebih berkrim.

F&N Krimer Manis Kalsium pula sesuai digunakan untuk membuat hidangan pencuci mulut, pastri dan minuman yang menyegarkan. Ia boleh memberikan hidangan anda rasa yang lebih creamy di samping menjadi sumber kalsium menjadikan ia bukan sekadar hidangan yang sedap malah menjadi pilihan yang lebih sihat di musim perayaan ini!

Jom sama-sama kita layan Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N. Sambil berhibur, dapatlah kita cari idea memasak menggunakan F&N Krimer Manis Kalsium dan F&N Krimer Sejat!

Team mana yang bakal memenangi cabaran ini? Jom sama-sama kita saksikan di bawah:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022
Hiburan Tue, 9 Sep 2025
Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Featured Thu, 19 Oct 2023
Featured Wed, 14 Jan 2026

“Cukuplah Hukum Orang, Kerja Allah Jangan Kita Ambil” – Nora Danish 

Bagaimanapun, rata-rata pengikut aktres itu tampil berani menitipkan pesanan meminta agar Nora menegur rakan-rakan ‘Usrah’ nya terlebih dahulu untuk tidak menjadikan isu kontroversi sebagai ‘sindiran berlapik’.

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Neelofa ‘Payung’ Sikit Wajah Bilal, Peminat Teka Persis Jebat! Tapi Segelintir Sindir – “Ibarat Menunggu Buah Tak Gugur”

Tindakan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal atas sebab penyakit ain yang dikongsikannya sebelum ini masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Ini kerana, tindakan Neelofa yang sering […]

error: Content is protected !!