Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2025 @ 8:55pm

Caprice Dakwa Ada Bukti Isu Amang Seksual Naim Daniel? – “Pernah Ke Kita Bertindak Kosong?”

Penyanyi rap terkenal, Caprice memberi bayangan seolah-olah dia mempunyai bukti berhubung isu penyanyi dan pelakon, Naim Daniel terbabit dalam amang seksual bersama remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memuat naik tangkap layar paparan berita melaporkan Naim dianiaya oleh remaja tersebut.

Dengan ringkas, Caprice menulis kapsyen dengan emoji ketawa serta bertanya sama ada perkara tersebut benar ataupun tidak.

Susulan itu, berdasarkan muat naik lain di IGs ada individu bertanya sekiranya Caprice mempunyai bukti.

Caprice pula membalas persoalan individu itu dengan yakin mengatakan dia tidak pernah membuat sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya.

“Pernah ke kita betindak kosong?,” soalnya membalas pautan Ask Me A Question tersebut di IG.

Pada Selasa, Naim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, penyanyi lagu Sumpah itu didakwa melakukan perbuatan berunsur seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun tujuh bulan, di sebuah hotel pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pelantun lagu Lelaki Gila ini diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, dan perlu mematuhi semua syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan.

Sebutan kedua bagi perbicaraan kes akan berlangsung pada 18 Ogos 2025.

Terdahulu, media melaporkan Naim ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Difahamkan, remaja itu mula mengenali artis berkenaan sejak tiga bulan lalu ketika bekerja di sebuah kafe, sebelum mereka beberapa kali bertemu selepas itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Mon, 4 May 2026

Hasrat Tak Kesampaian, Ummi Nazeera Terkilan Tak Sempat Mengarah Jalil Hamid Dalam Telemovie – “Arwah Nama Pertama Terlintas Di Fikiran”

Katanya, pengalaman membintangi filem Bisik Pada Langit sebagai anak kepada Allahyarham menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

KUTUK TAPI MASIH NAK TENGOK

Lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak.

error: Content is protected !!