Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 4, 2026 @ 6:37pm

Hasrat Tak Kesampaian, Ummi Nazeera Terkilan Tak Sempat Mengarah Jalil Hamid Dalam Telemovie – “Arwah Nama Pertama Terlintas Di Fikiran”

Pemergian pelakon senior tersohor tanah air, Jalil Hamid, nyata meninggalkan kesan mendalam buat industri seni tempatan.

Turut merasai kehilangan itu ialah aktres berkaliber, Ummi Nazeera, yang meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk mengarahkan Allahyarham dalam sebuah telemovie tidak kesampaian.

Menurut Ummi, dia baru sahaja menerima tawaran untuk mengarahkan sebuah naskhah, namun nama Allahyarham antara individu pertama yang terlintas di fikirannya bagi memegang watak sebagai ayah.

“Saya antara peminat tegar Allahyarham. Beberapa minggu lalu, saya menerima tawaran untuk mengarah sebuah telemovie.

“Antara nama pertama yang terlintas di fikiran saya untuk watak ayah ialah Jalil Hamid.

“Namun, disebabkan kekangan jadual, saya tidak dapat memberikan komitmen kepada naskhah tersebut,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Risik Pada Hati itu tetap bersyukur kerana pernah diberi peluang berlakon bersama Allahyarham dalam karya bermakna.

Katanya, pengalaman membintangi filem Bisik Pada Langit sebagai anak kepada Allahyarham menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya berlakon sebagai anaknya dalam Bisik Pada Langit beberapa tahun lalu.

“Satu kenangan yang akan saya simpan selamanya,” katanya.

Di akhir perkongsian, Ummi turut menitipkan doa buat Allahyarham agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, anak Allahyarham, Afiqah Jalil, mengesahkan bapanya telah meninggal dunia ketika berada di rumah.

Artikel Berkaitan: Jalil Hamid Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

‘You Come First’ Buah Tangan Terbaru Zak Abel

Wow! Penyanyi Zak Abel membuat kemunculan istimewa di One Utama, hari ini bersempena dengan pelancaran single berjudul ‘ You Come First’ kolaborasi bersama penyanyi rap, Saweetie. Dalam persembahan yang berlangsung di ruang legar One Utama […]

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Featured Tue, 9 Mar 2021
Trending Tue, 21 Jul 2020
error: Content is protected !!