Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 15, 2025 @ 7:09pm

[VIDEO] Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir, Muaz Zabir Seru Sikap Pemaaf – “Maafkan Bukan Untuk Mereka, Tapi Untuk Diri Kita”

Pelakon, Muaz Zabir, mencuri perhatian warganet dengan kata-kata penuh makna mengenai konsep kemaafan dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian kehidupan.

Dalam satu perkongsian tular di platform TikTok, Muaz menekankan pentingnya menjadi seorang yang pemaaf meskipun kadang-kadang tidak menerima permohonan maaf daripada pihak yang bersalah.

“Kita kena jadi seorang yang pemaaf. Kadang-kadang kita tak perlukan kata maaf daripada orang itu. Tapi kalau kita ikhlas maafkan orang, sebenarnya kita bukan maafkan orang itu, tapi kita maafkan untuk diri kita,” katanya.

Tambah Muaz lagi, dengan memaafkan, seseorang itu sebenarnya sedang membebaskan dirinya daripada belenggu dendam dan luka lama yang hanya akan mengganggu ketenangan jiwa.

“Kita kena berdamai dengan takdir,” ujarnya ringkas namun mendalam.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman serta pandangan mereka mengenai pentingnya berdamai dengan masa lalu dan menerima segala yang telah tertulis.

Ramai juga dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan kata-kata hikmah Muaz.

@muaz.zabir

AMI SURUH POST SEBAB DIA KATA ASIK BAJU MELAYU JE POSTING NYA!!!

♬ original sound – Muaz zabir – Muaz zabir

Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Gembira Lihat Hubungan Mesra Bella Astillah & Syed Saddiq – “Apa Yang Berlaku Antara Mereka, Saya Doa Yang Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Kalau Berjaya Masuk AJL34, Usop Nak Buat Kenduri!

Jom doakan Usop, boleh kita makan kenduri nanti!

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Featured Wed, 1 Feb 2023

“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Setiap orang berhak bahagia kan.. Siapa pun pilihan mereka, kita doa je baik baik 🥰☺️

Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Tue, 21 Feb 2023
error: Content is protected !!