Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2025 @ 11:50am

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Mengangkat tema rock balada penuh emosi dan kekuatan jiwa, lagu runut bunyi bagi filem box office Blood Brothers: Bara Naga iaitu ‘Bara Jiwa’ adalah nyanyian hasil gandingan mantap antara Azlan Typewriter dan Muzza Velvettones.

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Malah, liriknya yang puitis dan melodi dramatik menjadikan lagu ini nadi kepada keseluruhan naratif.

Menurut Azlan, Bara Jiwa adalah antara kolaborasi paling menarik sepanjang kerjayanya.

Selain ia merupakan projek yang segar dan penuh karisma, genre rock balada ini mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

“Sudah agak lama saya tidak berduet dengan penyanyi lelaki. Muzza mempunyai karisma tersendiri dan tahu dengan jelas apa yang dimahukan dalam sebuah karya.

“Saya berharap Bara Jiwa bukan sahaja mendapat sambutan hangat, malah mampu mengangkat genre rock ke tahap lebih tinggi, dan terbuka untuk berkolaborasi lagi dengan Muzza pada masa akan datang,” katanya.

Proses rakaman juga hanya mengambil masa satu jam sahaja selain kedua-dua m ereka sudah memahami bahagian masing-masing.

Sementara itu, bagi Muaz selaku komposer, penyanyi dan gitaris terkenal menganggap dengan sentuhan emosional, Bara Jiwa adalah karya istimewa yang diinspirasikan sepenuhnya daripada jalan cerita dan emosi dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.

“Lagu ini mengangkat tema pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan konflik dalaman yang saya cuba terjemahkan dalam bentuk muzik,” jelasnya.

Memuji Azlan atas komitmen dan pemahaman mendalam terhadap lagu ini, Muzza memilih pendekatan rock balada dengan elemen sinematik untuk menyesuaikan mood dan intensiti filem.

Proses pembikinan lagu ini mengambil masa kira-kira dua bulan, melibatkan penulisan lirik, susunan muzik, rakaman vokal serta proses mixing dan mastering secara teliti.

 

Sekadar info, sejak dilancarkan, Bara Jiwa mencetuskan fenomena di TikTok dengan tontonan lebih 2.4 juta  apabila peminat berkongsi momen dramatik dan inspirasi menggunakan lagu ini sebagai muzik latar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Wan Sharmila Berserah…

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Hiburan Wed, 12 Oct 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Ini Respons Nazim Othman

Letups Nazim Othman kalau pegi bercuti

Featured Thu, 28 Apr 2022

Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Hina Golongan Miskin, Ini Penjelasan Fedtri Yahya

Aik, dulu tak ada isu pun pasal lagu Siti Nurhaliza ni.. Aiyoo

Trending Wed, 18 Sep 2019

Berhati-hati Kerana Harimau Kumbang Masih Lagi Berkeliaran

Kurangkan akitiviti diluar dan pastikan selalu berhati-hati kerana masih lagi berkeliaran.

Events Sat, 23 Apr 2022
Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

Featured Fri, 22 Apr 2022

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Jarang-jarang kan suami berani nak mengaku takut bini…

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Featured Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!