Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 16, 2025 @ 4:08pm

[VIDEO] “Seronoknya, Tumpang Bahagia” – Haliza Maysuri Dipuji ‘Mentua Dari Syurga’, Tak Pernah Beza Anak & Menantu

Usahawan terkenal, Haliza Maysuri mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan seutas rantai eksklusif jenama Swarovski hasil kolaborasi istimewa bersama penyanyi antarabangsa popular, Ariana Grande kepada menantu tersayang.

Dalam sebuah video yang tular di platform TikTok, Haliza berkongsi menantunya amat ‘mengidamkan’ rantai tersebut sejak sekian lama, namun membatalkan hasrat kerana harganya yang agak tinggi.

“Menantu saya memang teringin sangat nak koleksi Swarovski x Ariana Grande ni daripada dulu lagi. Tapi dia kata mahal… Jadi kali ni kita buat kejutan untuk dia,” katanya.

Isteri kepada anak sulungnya, Zuhairi Syazwan dikenali sebagai Sarah ini jelas kelihatan terharu, dan terus bersalaman dengan bapa mentua serta memeluk ibu mentuanya dalam suasana penuh kasih dan haru.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan tumpang bahagia melihat layanan istimewa Haliza terhadap menantunya.

Rata-rata memuji keikhlasan Haliza yang menyayangi Sarah seolah-olah seperti anak kandung sendiri.

Ramai juga menyifatkan Sarah sangat bertuah kerana dikurniakan keluarga mentua yang begitu prihatin dan penyayang.

@halizamaysuri

Papa Aspen nampak je garang, tapi di dalam hatinya ada taman tak pernah beza2kan antara anak menantu atau anak bulus. Semoga kita semua jadi ibubapa terbaik, yang mendoakan dan menyebarkan kasih sayang. Kerana amal kebaikan yg kita tanam hari ini bukan sahaja mendatangkan syurga sebagai balasan, tetapi akan dikenang, InsyaAllah @Swarovski #arianagrande

♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Artikel Berkaitan: Memang Mega! Sambut Menantu, Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Majlis Resepsi Anak Sulung

Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Letak Labu Kundur Di Pejabat Sebagai ‘Perlindungan’, Elak Kena Gangguan – “Ia Akan Membusuk Sebagai Tanda”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Min setuju apa yang Fizo suarakan ini 😌 Demi masa depan keluarga dan anak-anak kannn

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Events Wed, 11 Sep 2019

Wow! Tak Sangka Ustaz Hamadi Berjaya Tawan Everest Base Camp

Bangga rasanya dengan Ustaz Hamadi ni!

Trending Tue, 5 Jan 2021
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Akhirnya, Nelydia Senrose Dedah Cincin Tunang

Terbaru, melalui akaun twitternya, Nelydia dilihat telah berkongsi cincin yang tersarung dijari manisnya dengan menulis perasaan beliau pada ketika itu yang dilihat semakin bahagia

Trending Fri, 4 Jan 2019

Kim Kardashian & Kanye West Kini Sedang Menanti Kelahiran Anak Mereka Yang Ke-4!

Baca untuk ketahui jantina dan due date kandungan ini.

error: Content is protected !!