Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 17, 2025 @ 7:57pm

“Block Orang Itu Benda Paling Seronok Nak Buat” – Abby Abadi ‘Malas’ Layan Netizen… Persoal Permohonan Maaf Aslam

Kontroversi melibatkan rumah tangga anak kepada pasangan pelakon popular, Abby Abadi dan Norman Hakim panas selepas pelbagai isu mengenai hubungan Marissa dan suaminya, Aslam kembali dipetik.

Malah, terdapat segelintir netizen yang berani tampil menasihatkan aktres itu supaya memberi teguran kepada anaknya berkenaan isu rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, berang dengan tindakan netizen yang dilihat ‘terbuka’ memberikan komen isu peribadi Marissa, Abby akhirnya memberikan respons.

“Sibuk je masuk rumah orang. Orang cerita lain, dia cerita lain.

“Lepastu sibuk nak nasihatkan orang. Entah apa-apa  je sibuk nak uruskan hidup orang. Sibuk nak menyalahkan orang.

“Beli cermin! Tengok diri tu. Sudahlah pakai akaun palsu. macamlah menyorok disebalik fake account tu Allah tak tahu,” katanya.

Perkara itu dikongsi Abby menerusi perkongsian di Threads miliknya.

Dalam hantaran berlainan pula, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan mengaku, dia tidak suka dikelilingi oleh individu berperangai toksik sekaligus mengambil tindakan menyekat akaun tersebut.

Tidak habis disitu, Abby menerusi hantaran terkini di platform sama juga tampil membidas permohonan maaf menantunya, Ahmad Aslam.

Katanya, dia meminta Aslam untuk menerangkan secara lanjut mengenai permohonan maaf yang dimaksudkan menerusi hantaran di Threads sebelum ini.

Bahkan, dia juga mempersoalkan tindakan menantunya itu yang didakwa tidak pernah mempertahankan anaknya saat dikritik dan dihina.

“Berapa lama dah kahwin dengan anak saya? Berapa kali dah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak?

“Mengaku bersalah dekat thread ni.. tapi apa kesalahannya? Boleh tahu? Minta cerita semua dekat sini lah sebab semua orang nak tahu ni. Lepastu, last nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?,” soalnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Pentas Akhir DA’I Musim Keenam, Hadiah RM 60,000 Milik Siapa?

Malam ini persoalan siapakah yang bakal bergelar Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 bakal terjawab. Pentas akhir pencarian ejen dakwah sudah tiba di kemuncaknya. Selain gelaran juara, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq),Imran Mohd Zaki (Da’i […]

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Selamat Lahirkan Anak, Tahniah Jep Dan Sari Yanti!

Menerusi akaun itu, pasangan ini mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

error: Content is protected !!