Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2025 @ 5:03pm

Bercinta Sejak Marissa Sekolah Rendah, Suami Abby Abadi Pernah Tampar Aslam

“Ketika itu Marissa bawah umur dan di bawah jagaan saya dan suami”

Demikian kenyataan pelakon dan usahawan sensasi, Abby Abadi yang tampil menjelaskan kejadian dan punca mengapa suaminya, Muhammaf Faizal bertindak menampar Aslam.

Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, menjelaskan kejadian tersebut berlaku ketika anaknya, Marissa Dania masih di bangku sekolah rendah didapati bercinta dengan Aslam.

Dalam masa sama, Abby turut meluahkan rasa kesal kerana tidak menghalang hubungan cinta anaknya bersama Aslam yang berlaku ketika Marissa berusia sembilan tahun.

“Kenapa bapa tiri yang lempang Aslam? Sebab masa berlakunya kejadian itu Marissa bawah umur dan di bawah jagaan jagaan saya dan suami (bapa tiri).

“Silap saya dan suami kerana tidak bertindak tegas dan beri peringatan awal,” katanya.

Aktres drama popular Gerak Khas itu berkata demikian menerusi platform Threads miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan bekas suaminya, aktor Norman Hakim tidak mengetahui mengenai perkara tersebut kerana tidak berkesempatan untuk memakumkan kepadanya.

Pada Selasa lalu, Abby mempersoalkan mengapa dirinya yang perlu membuat permohonan maaf kepada madu anaknya, Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Sebaliknya, Abby meminta Aslam untuk tampil memohon maaf kepadanya secara berdepan, namun suami kepada anaknya itu membuat kenyataan menerusi platform Threads pada Khamis.

Sekadar info, Marissa dan Aslam berkahwin pada Disember 2023 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata namun meninggal dunia selepas dilahirkan pada tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Umum Buka Tudung, Instagram Emma Maembong Dihujani Komen ‘Pedas’

Cakap baik-baik, doa baik-baik. Bukan apa, takut pula kecaman yang disebut tu berbalik pada diri sendiri. Moh doa baik-baik untuk Emma!

Featured Mon, 8 May 2023
Trending Sun, 14 Nov 2021

Syukur Masih Kekal Relevan, Siti Saleha Menang Lagi

Pelakon cantik Siti Saleha bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menjulang gelaran Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Ini merupakan kali ketiga wanita kacukan jelita ini membawa pulang […]

Trending Thu, 20 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP PKPB

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan […]

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

error: Content is protected !!