Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 19, 2025 @ 8:00pm

Shuib Tarik Nafas Lega, Hutang Perniagaan Puluhan Ribu Kian Susut

Pelawak dan usahawan popular, Shuib akhirnya mampu menarik nafas lega apabila jumlah hutang perniagaan yang pernah mencecah puluhan ribu ringgit kini semakin berkurangan hasil kerjasama erat dengan pihak kerajaan.

Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, berkata dia tidak pernah berniat untuk lari daripada tanggungjawab, sebaliknya memilih untuk terus berunding secara profesional dengan agensi kerajaan dan institusi kewangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Hutang makin susut sedikit demi sedikit. Saya percaya, kalau mula berniaga dengan modal berjuta, maka risiko hutangnya juga dalam skala yang sama.

“Kebanyakan hutang datang daripada keseluruhan rangkaian perniagaan saya. Saya urus beberapa bisnes, tapi yang paling mencabar adalah Bubble Bee.

“Disebabkan skala perniagaan yang besar, saya banyak dapatkan pandangan agensi kerajaan dan nasihat bank. Syukur, semuanya memberi kerjasama yang sangat baik,” jelasnya.

Sebelum ini, bapa kepada empat anak itu pernah dikaitkan dengan beberapa isu kewangan termasuk tunggakan cukai dan pinjaman yang melibatkan agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Perkeso.

Menurut Shuib, pengalaman sukar itu dijadikan pembakar semangat untuk bangkit dan terus maju dalam bidang keusahawanan.

“Sekarang saya lihat perniagaan mula kembali pulih satu demi satu. Saya harap fasa ini terus berkembang.

“Inilah asam garam dunia bisnes. Ada pasang surutnya. Jangan gentar, teruskan saja perjalanan dan jangan sesekali berundur.

“Saya yakin, rezeki itu Allah yang bagi. Yang penting, saya kena betulkan kesilapan lalu, lebih fokus dan terus konsisten,” katanya.

Meski pernah diuji dengan gelora dalam dunia perniagaan, Shuib tampil dengan langkah baru menerusi jenama Nasi Bakar Bangkit, yang menampilkan kelainan dengan konsep nasi dibakar dalam daun pisang.

Lebih menarik, anaknya Matin turut diberi kepercayaan sebagai wajah rasmi produk tersebut, menyuntik elemen kekeluargaan dalam jenama berkenaan.

“Alhamdulillah, sejak dilancarkan dalam bulan Ramadan, sambutan sangat luar biasa. Kami pun tak sangka penerimaan orang ramai begitu menggalakkan.

“Walaupun hujung minggu sedikit perlahan sebab ramai hadiri rumah terbuka, pelanggan tetap datang. Mereka mula kenal Nasi Bakar Bangkit dan suka dengan menu yang kami tawarkan,” jelas Shuib.

Nasi Bakar Bangkit kini hadir dengan lebih 10 pilihan menu menarik, termasuk padanan sambal merah, sambal hijau serta ayam berbumbu semuanya dirumus selepas beberapa kali sesi uji rasa.

Walaupun tidak terlibat secara teknikal dalam proses R&D, Shuib memainkan peranan penting sebagai penguji rasa bagi memastikan rempah dan tahap kepedasan menepati cita rasa pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Apr 2025

Zarina Anjoulie & Keluarga Terima Ugutan B*nuh?

Anju juga mendedahkan nama si pelaku terbabit.

Featured Tue, 27 May 2025
Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Mungkin Belum Ada Rezeki Lagi – Marsha

Tidak pernah tertekan dan masih menanti dengan sabar kerna belum ada rejeki lagi

error: Content is protected !!