Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 21, 2025 @ 11:28am

“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil mengulas mengenai isu keluarganya melibatkan isteri, ibu dan adiknya bongsunya.

Kata Aliff, dia meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan isu mengenai keluarganya.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan ini akan menyinggung ramainya pihak. Ramai yang menantikan komen saya. Saya cuma nak sampaikan dan saya merayu hentikan segala yang viral di media sosial ini.

“Cukup-cukup lah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini kerana ia bukan sesuatu yang mengembirakan atau konten drama,” katanya.

Mengulas lanjut, Aliff mengaku dia juga berasa sedih apabila hal sebegini berlaku diantara keluarganya apatah lagi isu kali ini melibatkan ramai pihak.

“Saya sayang keluarga saya. Mak saya. Dan, keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang. Mereka semua sayang mak.

“Saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami. Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini apatah lagi ia melibatkan ramai orang.

“Kepada orang luar tolong jangan berlebihan. Mohon hormati. Mak saya dah tua, ada anak, cucu. Hanya mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan begini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff menegaskan, dia gembira apabila mendapat khabar bahawa ibunya mahu berkahwin dengan abang kepada pelakon, Rebecca Nur Al Islam meskipun pada ketika itu Bonda Rozita mempunyai masalah yang ditanggung.

“Demi melihat ibu saya gembira dan saya tahu itu adalah pilihannya saya akur, yang penting ibu bahagia.

“Sejujurnya perkara ini ‘ditelan mati mak dimakan mati bapa’. Banyak benda saya ingin kongsikan tetapi saya rasa tidak manis untuk berkongsi lebih lanjut,” ujarnya.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah, hantaran berkenaan turut menerima komen balas daripada Bonda Rozita yang juga mengaku Aliff merupakan seorang anak yang baik.

“Tak ada lelaki paling mak sayang. Kamu adalah anak kiriman Tuhan yang ada tatkala susah mahupun senang.

“Dalam nikah dan cerai kamu ada selamatkan mak.

“Mak tak nak anak-anak tahu deritanya jiwa saya sejak mudasampilah tua.

“Janganlah tambah derita untuk benda tak penting. Fokus pada kebaikan kerana Allah suka pada kebaikan,” ulasnya.

Terdahulu, kontroversi melibatkan keluarga Aliff mula mencuri perhatian selepas isterinya dan Rebecca mula berbalas kenyataan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Trending Tue, 27 Mar 2018

为稳定薪水做无聊工作?放弃「这些」迎接精彩人生

你总是幻想着要有多多姿的人生,却始终不知道该如何前进?美国作家兼广播节目主持人Srinivas Rao建议大家要放下5件事,才能够迎来「与众不同」的精彩人生,值得好好深思。

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Trending Tue, 9 Oct 2018

Ciri Birit Dan Muntah Lepas Makan, Laksa ‘Ragut’ Dua Nyawa

Tujuh kes lagi dari sebuah keluarga di rumah sama dengan simptom demam, cirit birit muntah di mana laksa dimakan pada 9.30 malam pada 4 Oktober lalu.

Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

E!News Musim Kedua Tampil Wajah Baharu?

Jadi jangan lupa untuk saksikan E!News Musim kedua nanti!

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Mon, 27 May 2019

Kassim Selamat Sudah Tiada…

Al-Fatihah…semoga roh beliau terus dicucuri rahmat.

error: Content is protected !!