Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 6:05pm

[VIDEO] “Saya Tahu Ramai Yang Follow Tapi Tak Suka” – Netizen Kritik Rebecca, Didakwa Biadap Ketika Berniaga?

Nama pelakon, Rebecca Nur Al Islam sejak kebelakangan ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial selepas tular konflik bersama isteri usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida.

Susulan itu, menerusi platform X ada individu memuat naik pautan video memaparkan Rebecca didakwa berkelakuan biadap ketika mempromosikan produknya di sesi siaran langsung Instagram (IG).

Dalam siaran langsung itu, Rebecca membaca komen salah seorang netizen yang bertanya sama ada dia berkumpul sekeluarga.

Namun begitu, respons Rebecca menjadi persoalan netizen yang mengkritiknya biadap ketika menjawab soalan itu.

Meskipun telah membuat akaun Instagramnya dalam mod privasi, namun Rebecca menyedari masih ramai pengikutnya yang dalam diam tidak menyukainya.

“Berkumpul satu family ke buat live? Mana ada satu family.. buta ke kan dengan kakak ni. Jangan suka buat spekulasi.

“Saya tahu walaupun saya private Instagram, tapi ada yang tak suka saya follow. Netizen mungkin suri rumah yang tak ada kerja, suka komen negatif saya okay saja. Dengan nama Allah saya maafkan semua,” katanya.

Sebelum ini, Rebecca tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa cuba ‘menumpang glamor’ perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita Ibrahim dengan memuat naik pelbagai gambar dan video bersama pasangan tersebut.

Namun keadaan makin panas apabila Rebecca memuat naik rakaman suara seorang wanita yang dipercayai milik Shahida sendiri, yang dilihat sebagai individu yang membangkitkan isu berkenaan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Trending Tue, 24 Aug 2021

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

So, korang jangan cetus sebarang kontroversi lagi ek!

Featured Mon, 17 Nov 2025

Riena Diana Mengaku Tak Selamat Miliki Kulit Putih – “Make Up Tak Boleh Beria Nanti Nampak Macam Pond*n”

Kata Riena, warna kulitnya kadang-kala menjadi cabaran untuknya terutama ketika mengenakan solekan.

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab

Trending Mon, 23 Mar 2020
Featured Thu, 27 Feb 2025

Makin Berani Pamer Cinta, Ameera Khan Tayang Seluar Jeans Tertera Pangkal Huruf ‘J’ & ‘N’

Ameera Khan makin berani pamer cinta jahit jeans tertera nama Jefri Nichol.

error: Content is protected !!