Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2025 @ 12:39pm

Bakal Nikah Bulan Depan, Eyka Farhana Enggan Kongsi Tarikh Kahwin

Pelakon Eyka Farhana mengesahkan, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, awal bulan depan.

Kata Eyka atau nama penuhnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Selain itu, majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi tarikh sebenar majlis pernikahan kami atas beberapa sebab tertentu.

“Namun, setakat ini segala persiapan berjalan lancar. Saya mohon doa daripada semua, terutama para peminat, agar segala urusan majlis nanti dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Tambahnya, dia yang kini berusia 30 tahun bersedia untuk bergelar isteri dan melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.

“Sudah tentu saya berdebar dan teruja menantikan saat bergelar isteri.

“Tambahan pula, kami sudah lama berkawan dan saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sepotong video pendek memperlihatkan Eyka diraikan dalam sebuah parti bujang,  ditemani rakan-rakan terdekatnya seperti  Mimi Lana, Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Amelia Henderson.

Untuk makluman, Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya

Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Events Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Mon, 18 May 2026

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

error: Content is protected !!