Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 23, 2025 @ 3:30pm

[VIDEO] Gara-Gara Isu Pelitup Muka Bocor, Shahida Dedah Pernah Berkelahi Dengan Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida, mendedahkan pernah ‘berperang dingin’ dengan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri selama empat bulan akibat salah faham antara mereka.

Menerusi satu video yang dikongsi di TikTok, Shahida yang juga menantu kepada Bonda Rozita Ibrahim berkata dia langsung tidak terlibat dalam kontroversi penjualan pelitup muka bocor yang hangat suatu ketika dahulu.

Menurut Shahida, kejadian itu berlaku ketika negara dilanda pandemik COVID-19 sekitar tahun 2019.

“Saya tak terlibat langsung dalam penjualan mask bocor tu, itu semua urusan suami saya. Masa tu kami tengah bergaduh dan langsung tak tinggal sebumbung.

“Empat bulan kami berjauhan, memang tak bersua muka pun. Jadi bila benda tu jadi, saya memang di luar situasi.

“Pengajaran dia, jangan cari gaduh dengan isteri. Macam-macam boleh jadi,” katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Shahida berkata keputusan suaminya untuk menjual pelitup muka tersebut dibuat atas niat mahu tampil dengan sesuatu yang unik.

“Aliff ni sebenarnya jenis lurus bendul. Apa orang cakap, dia cepat percaya.

“Dalam kes mask bocor tu, ada individu datang cadangkan jual mask kalis air. Suami saya pun cubalah tuang air atas mask tu, tengok-tengok air tembus keluar,” jelasnya lagi.

@farin_rose

Patotla facemask papa jual bocor , rupenye sebab ni …. video credit : shahidadherbs2 #dherbs #datinshahidadherbs #aliffsyukri #facemask #bocor #kantoi

♬ original sound – Lubuk Berkat Sehat – Lubuk Berkat Sehat

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022

Disahkan Paru-Paru Berair, Datuk M Daud Kilau Kini Stabil – “Bila Rasa Penat Dia Akan…”

Alhamdulillah… Semoga Datuk M Daud Kilau diberikan kesembuhan sepenuhnya 🤲

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Trending Wed, 19 Dec 2018

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan Melalui Peranti Alexa Semasa Tuannya Keluar Rumah

Featured Sun, 25 Dec 2022
error: Content is protected !!