Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 26, 2025 @ 4:57pm

Syukur Ramai Hulur Sumbangan, Janna Nick Kongsi Perkembangan Terkini Pusat Tahfiz Nurul Jannah

Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas sokongan dan sumbangan ramai pihak dalam usaha membangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah yang terletak di Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, memaklumkan bahawa selepas siap membina dewan makan dan melakukan kerja-kerja penambakan tanah, kini fokus diberikan kepada kerja-kerja pembaharuan kelas-kelas di pusat tahfiz tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti tampil memberikan pujian dan sokongan atas usaha murni Janna yang telah mula dirancang sejak tahun 2022.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan bangga melihat perjuangan isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini, khususnya dalam usahanya menyumbang kembali kepada penduduk kampung yang pernah menjadi tempat tinggalnya dari usia 11 tahun hingga ke tingkatan tiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Tue, 13 Apr 2021

“Terpaksa Berada Di Tengah Laut Berjam- Jam, Shooting 50 Hari Tanpa Henti” – Fedtri Yahya Dedah Kesukaran Penggambaran Jejak Rasul

Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui berdepan dengan beberapa cabaran sewaktu menjalankan penggambaran di Malaysia buat kali pertama. “Ini merupakan kali pertama penggambaran di Malaysia dan kami meneroka tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, […]

Trending Wed, 6 Nov 2019

E-Wallet Cashbacks, Mesti Beli Deals, Chup Dulu and GUESS IT! King; LAZADA 11.11 One-Day Sale is Back!

Why spend more when you can stretch your Ringgit with unbeatable deals and awesome cashback with Lazada 11.11 One-Day Sale?!

Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
error: Content is protected !!