Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 26, 2025 @ 2:13pm

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Bukan mudah menghidupkan sebuah lagu penuh rasa apatah lagi bila dicipta khusus untuk tayangan filem.

Namun, penyanyi Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu bagi runut bunyi filem Gayong, berjudul Malam Nestapa.

Lagu ciptaan Leonard Yeap dengan lirik nukilan Raihani Mohd. Saaid dan terbitan David Koon ini menjadi pengalaman baharu buat Nikki, yang pertama kali menyanyikan OST untuk sebuah filem.

“Malam Nestapa menggambarkan penderitaan yang sangat mendalam sampai ke tahap hampir hilang harapan.

“Tapi dalam gelap malam itu, ada sekelumit kekuatan yang menghidupkan semula jiwa,” kata Nikki menyelami emosi lagu tersebut.

Bagi Nikki, lirik lagu ini cukup menyentuh hati terutamanya bila menggambarkan seseorang yang hampir rebah, namun tetap berpegang pada ikrar perjuangannya.

Lagu ini mengingatkannya pada lagu Terasing nyanyian legenda Sudirman Hj Arshad, dari segi penghayatan dan nuansa kemurungan yang dirasai.

“Korusnya paling menyentuh hati saya. Ia menggambarkan saat kita ingin mengalah, tapi tetap bangkit melawan emosi yang menghantui,” tambahnya.

Dari aspek teknikal pula, Nikki turut menimba pengalaman berharga dari komposer Leonard yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat tegas terutamanya demi mengekalkan ‘roh’ sebenar lagu tersebut.

“Bila Leonard main piano untuk lagu ini… meremang bulu roma saya. Roh lagu tu terus masuk dalam diri saya. Rakaman cuma ambil dua jam sebab arahannya sangat jelas,” jelasnya.

Menganggap ini adalah satu penghormatan besar buat dirinya, Nikki bagaimanapun berharap penghayatannya dapat menyentuh hati penonton dan pendengar.

“Saya harap Malam Nestapa mampu beri keadilan pada naskhah hebat ini.

“Terima kasih kepada SOL Pictures dan penerbit eksekutif Gayong, Khairul Anuar Latip atas kepercayaan ini,” ujarnya.

Filem Gayong, arahan Faisal Ishak, mengangkat kisah perjuangan Mahaguru Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Syafie Naswip, Nabila Huda dan Yayan Ruhian, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Datuk Seri

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi, 36, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Melangsungkan pernikahan pada jam 11.11 pagi tadi, Heliza sah menjadi suri hati kepada Mahadi dengan sekali lafaz di […]

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

LIFESTYLE Mon, 6 Aug 2018

Lebih Ramai Dijangka Alami Depresi Menjelang 2020

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menunjukkan 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011.

Hiburan Sat, 3 Jan 2026

“Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

Puteri Sarah berkata fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pembelajaran anak-anaknya tidak terjejas

Hiburan Sun, 15 Dec 2024

Artis Lelaki Berusia 41 Tahun Ditahan Di Cyberjaya, Didakwa Miliki Ganja

Artis Lelaki berusia 42 tahun ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

Trending Fri, 27 Nov 2020
error: Content is protected !!