Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida August 6, 2018 @ 8:56am

Lebih Ramai Dijangka Alami Depresi Menjelang 2020

“ Elak guna platform media sosial seperti WhatsApp sekurang-kurangnya  45 minit sebelum masuk tidur,” itu antara nasihat Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye berhubung cara menangani masalah depresi yang semakin membimbangkan.

Selain itu, rakyat Malaysia dinasihatkan bersenam secara konsisten dan cukup tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari bagi mengelakkan masalah kecelaruan minda.

Menurut kajian, Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas menunjukkan 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011.

” Kebanyakan orang mendapati sukar untuk menguruskan masalah yang mereka hadapi  di tempat kerja dan tidak mampu mengendalikan stres, dan keadaan lebih sukar apabila individu itu berdepan masalah daripada anggota keluarga dan tidak mendapat sokongan emosi.

” Terdapat peluang lebih tinggi bahawa seseorang itu akan hanya berdiam diri dan memendam emosi apabila mereka tidak mencari cara untuk meluahkan kekecewaan mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lee berkata penyelidikan oleh pakar berhubung kadar depresi dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi dari 2011 sehingga  2015.

“ Langkah awal perlu diambil segera untuk mencegah depresi dan boleh dirawat jika dikesan awal,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Aug 2025

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh.

Events Thu, 8 Feb 2018

TAHNIAH! INI ANTARA SENARAI PEMENANG AJL32 DAN ANDA BERPELUANG KE AFTER PARTY RATED XTRA KAMI

Ini antara mereka yang bertuah untuk bersama-sama kami menghidupkan malam kemuncak AJL32 yang bakal diadakan pada 11 Februari 2018, Ahad, jam 9 malam bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Wow! King Coco Buat Hal Pegang Anjing

Menerusi muat naik dilaman instagram King Coco, beliau kelihatannya mengusap seekor anjing sambil menulis caption dengan bait-bait lagu yang dipetik daripada lagu terbaru Joe Flizzow, Sampai Jadi.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Tue, 7 Sep 2021

Hampir 69 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter […]

error: Content is protected !!