Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2025 @ 8:46pm

Elizabeth Tan Bangkit Dengan ‘Rezeki’, Dedikasi 10 Tahun Perjalanan Seni

Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy, kembali menggegarkan dunia muzik tanah air dengan single terbaharunya bertajuk Rezeki yang dilancarkan pada 18 April lalu.

Lagu Rezeki bukan sekadar ‘comeback’ malah, memperlihatkan sisi Lizzy yang lebih berani, matang dan penuh jiwa.

Membawa alunan muzik yang sarat dengan kekuatan dan keberanian, Rezeki turut disokong dengan visual muzik video yang dramatik dan berlatarkan sebuah gudang usang, lengkap dengan elemen tarian serta adegan pertarungan, menjadikan keseluruhan naskhah ini begitu intens dan berkesan.

Menurut Lizzy, Rezeki adalah refleksi perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran, pengorbanan dan keazaman.

Sebagai salah seorang penulis lirik lagu ini, dia menyuntik makna mendalam tentang menghargai setiap langkah perjalanan dan berani menghadapi segala ujian hidup.

“Setiap orang ada rezeki masing-masing. Bagi saya, Rezeki bukan sekadar tentang apa yang kita dapat, tapi juga tentang kekuatan untuk terus melangkah walau apa pun dugaan,” katanya.

Video muzik Rezeki diarahkan oleh Aaron dengan bantuan Park, diterbitkan oleh Peanut serta dikemudi secara kreatif oleh Coffee.

Dari segi produksi muzik pula, Chris M. Yong tampil sebagai penerbit, pengatur dan jurutera rakaman, manakala SYA dan Lizzy sendiri bergandingan menulis lirik dan menggubah lagu ini.

Lebih istimewa, pelancaran Rezeki juga bersempena ulang tahun ke-10 Lizzy dalam industri hiburan Malaysia iaitu satu perjalanan penuh warna-warni yang membuktikan keteguhan Lizzy sebagai seorang anak seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Featured Thu, 1 Apr 2021

“Beberapa VVIP Telah Dikompaun..”- Pihak Polis Buka 12 Kertas Siasatan Melibatkan Golongan VVIP

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai laporan diterima oleh pihak polis melibatkan golongan VVIP yang melanggar standard prosedur operasi (SOP) yang telah digariskan MKN. Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengatakan, semua laporan […]

Trending Fri, 23 Apr 2021

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Jom Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori

Byaaran akan dibuat pada bulan hadapan….

Featured Wed, 17 May 2023
FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Trending Sat, 2 May 2020
Featured Thu, 2 Sep 2021
error: Content is protected !!