Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 8:07pm

Ameera Khan Berhasrat Ingin Menetap Di Luar Negara, Tinggalkan Malaysia – “Sini Ramai Orang Toksik & Mindset Negatif”

Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan, mencuri perhatian ramai apabila meluahkan keinginannya untuk menetap di luar negara suatu hari nanti.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi sesi soal jawab di Instagram Story (IGs), apabila seorang pengikut bertanya, “Kalau boleh pilih satu negara untuk menetap, negara mana jadi pilihan?”

“Saya sendiri tak ada jawapan yang tepat, tapi memang dari dulu saya ada keinginan nak keluar dari Malaysia,” tulisnya.

Menurut adik kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa ini, niatnya bukanlah kerana tidak cinta pada negara sendiri, sebaliknya lebih kepada mencari peluang baru dan suasana yang lebih positif.

“Bukan sebab tak sayang negara sendiri, ya. Saya tetap cinta Malaysia. Cuma… saya rasa ada banyak lagi peluang di luar sana, daripada saya terus terperangkap dengan orang-orang toksik dan mindset yang negatif,” kongsinya lagi.

Ameera juga yakin suatu hari nanti dia akan berpindah ke tempat yang lebih menerima dirinya seadanya.

“Saya yakin, satu hari nanti bila sampai masanya, saya akan berpindah ke tempat yang boleh terima siapa diri saya sebenar. Tapi rasanya… bukan di sini lah. Bye!” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Soalan Macam Budak Tak Ada Otak” – Ameera Khan Sekolahkan Netizen Tanya Soalan ‘Dah Sleep Dengan J’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 19 Dec 2025
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Alan Walker 4月来马参与砂拉越「Borneo音乐会2020」

全马最大型户外音乐会《Borneo音乐会2020》将于4月10日及11日隆重引爆!届时将聚集了来自世界8个不同地区的歌手共同接力演出。

Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

error: Content is protected !!