Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 12:23pm

Rika Riana Tempuh Liku Emosi Demi Lagu ‘Harus Begini Jadinya’

Bukan mudah untuk menyampaikan lagu yang penuh emosi, tapi itulah cabaran besar yang berjaya ditempuhi penyanyi muda berbakat besar, Rika Riana menerusi single terbarunya, Harus Begini Jadinya.

Menurut Rika, 25, sepanjang proses rakaman lagu ini, dia benar-benar diuji dari segi emosi dan penghayatan.

“Harus Begini Jadinya bukan sekadar lagu cinta biasa. Ia tentang belajar melepaskan sesuatu yang kita sayang, walaupun dah buat macam-macam untuk pertahankan. Kalau dah bukan milik kita, akhirnya kena reda juga,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja bersama komposer sepenuhnya lagu Harus Begini Jadinya iaitu Ajai, Rika menganggap ia sebagai satu pencapaian peribadi yang bermakna.

“Sejak kecil, saya memang dengar banyak lagu hasil ciptaan Abang Ajai. Jadi, bila dapat peluang ini, rasa macam mimpi jadi kenyataan,” kongsi penyanyi berbakat dari Keningau, Sabah ini.

Tambah Rika lagi, sepanjang rakaman, Ajai sangat menekankan soal penghayatan.

“Setiap lirik kena betul-betul difahami dan dirasai. Abang Ajai ajar saya supaya tak sekadar menyanyi, tapi bercerita melalui suara,” jelas Rika.

Semasa penggambaran muzik video (MV), hujan lebat tiba-tiba mengganggu rancangan asal mereka dimana MV yang sepatutnya dirakam di kawasan terbuka akhirnya terpaksa dialihkan ke lokasi indoor.

“Tapi walaupun hanya berlatarbelakangkan bilik dan ruang tamu, kami tetap berjaya tonjolkan mood yang diperlukan. Kadang-kadang, dalam kesederhanaan itulah emosi lebih terasa,” katanya lagi.

Dengan konsep minimalis dan fokus pada emosi, MV Harus Begini Jadinya membawa penonton menyelami kisah kehilangan dan penerimaan dengan penuh jujur.

Rika meletakkan harapan besar untuk tahun 2025, bermula dengan pelancaran single ini.

“Saya berharap lagu ini dapat buka lebih banyak peluang dan bawa saya lebih jauh dalam dunia muzik,” katanya.

Harus Begini Jadinya sudah boleh didengarkan di semua platform digital bermula 18 April, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Featured Sun, 8 Dec 2024

Usaha Dapatkan Zuriat, Janna Nick Mahu Kekal Positif -“Saya Biasalah Mentally Unstable”

Janna Nick mengaku mahu kekal positif dalam usahanya mendapatkan zuriat.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

BUKAN NAK SOROK – RAMONA ZAMZAM

Ramona turut memaklumkan bahawa dia sudah mendaftarkan nama puteri sulungnya itu tetapi masih belum bersedia untuk mengumumkan nama tersebut kepada public

Trending Wed, 28 Apr 2021
error: Content is protected !!