Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 3:40pm

Sebak Bertemu Semula, Afdlin Shauki Akui Rindu Que Haidar Selepas Lebih 10 Tahun Tidak Bertegur

Pertemuan semula antara pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki dan aktor hebat, Que Haidar baru-baru ini nyata mengundang air mata selepas lebih sedekad mereka membawa haluan masing-masing.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Afdlin, 53, meluahkan rasa sebak bertemu kembali dengan sahabat lamanya itu, selepas sekian lama tidak berhubung gara-gara satu insiden yang kini dianggap sudah berlalu.

“Dah lama sangat tak berbual dengan Que. Ada satu insiden dulu… tapi sekarang semua tu boleh kita lupakan,” katanya.

Menurut pelakon Papadom ini, pertemuan berkenaan turut membangkitkan kerinduan yang mendalam terhadap Que, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bakat besar yang dimiliki aktor berbakat itu.

Afdlin turut berkata dia kesal kerana membiarkan hubungan mereka terputus begitu lama tanpa sebarang komunikasi.

“Perjumpaan di rumah Imilya baru-baru ini bukanlah yang pertama, tapi perasaan sebak itu terlalu kuat. Rasa ruginya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa berbual selama lebih sedekad.

“Rindu nak bekerja dengan dia. Bagi abang, Que antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia sangat versatil, sangat dinamik,” katanya.

Bagaimanapun, Afdlin bersyukur kerana mereka kini sudah berdamai dan saling bermaafan, membuka ruang untuk satu lembaran baru dalam persahabatan mereka.

“Harapan abang, ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you, Que,” ujarnya penuh emosi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat keakraban mereka yang kembali terjalin.

Bagaimanapun, Afdlin memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar perselisihan yang menyebabkan hubungan mereka renggang selama lebih satu dekad.

@afdlinshaukiofficial

Lama abg tk bebual dgn Que. sebab ada insiden yang skrng ni kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dgn que pasal abg percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia. Sangat versatile dan sangat dynamic. Perjumpaan haritu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tk dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih. Kami saling bermaafan dan harapan abg ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que! Siapa igt scene abg dgn Que! Dan filem apaa? Cuba comment! Ps : tq tuan rumah Imillya untuk video yang penuh makna buat abg. #afdlinshauki

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

黄明志再为四叶草打造洗脑歌 MV与台湾知名优管红人合作

大马网络红人Joyce四叶草推出首张专辑《我来自四叶草》,这次最新主打歌《莫名其妙爱上你》请来台湾优管红人(Youtuber)「这群人TGOP」和「重量级」合作拍MV,以校园纯爱剧情,一改红人搞怪形象,让MV一出街粉丝直夸“萌萌哒!”

Featured Sat, 6 Sep 2025
Hiburan Tue, 7 Apr 2026
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

It’s Gong Xi RIUH This Weekend at the Gasket Alley

There will be a bunch of special shows too!

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Saya Sangat Bersyukur…” – Aisha Retno Pertaruh Diari Air Mata, Impian Bekerjasama Dengan Ajai Akhirnya Jadi Kenyataan

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai disifatkan sebagai satu penghormatan besar

Hiburan Fri, 24 May 2024
error: Content is protected !!