Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 2:30pm

“Saya Sangat Bangga Bonda Rozita Jadi Kakak Ipar” – Rebecca Nur Al Islam

Pelakon sensasi, Rebecca Nur Al Islam meluahkan rasa syukur dan bangga apabila pengasas produk kecantikan terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita kini secara rasmi bergelar kakak iparnya.

Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Rebecca, 39, menjelaskan bahawa isu kontroversi disebabkan perkongsian foto yang dimuat naiknya sebelum ini adalah sebagai tanda menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarganya.

Katanya, niatnya hanyalah untuk meraikan momen istimewa tersebut bersama pengikut dan rakan-rakan, sekaligus meluahkan kegembiraan atas pertambahan ahli keluarga yang kini lebih bermakna buat dirinya.

“Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun. Saya bangga Bonda jadi kakak ipar saya. Dia merupakan seorang yang berjaya dan idola kepada wanita di luar sana.

“Hampir empat bulan mereka nikah, barulah saya sebagai adik kongsi foto mereka, bukan gambar Bonda tapi gambar keluarga.

“Tapi gambar itu pun dikongsi selepas saya nampak Bonda Rozita muat naik gambar dia dan suami di Mekah.

“Niat saya kongsi gambar hanyalah mahu menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Rebecca mengakui dirinya sedia  maklum dengan permintaan Bonda Rozita yang tidak mahu gambar-gambar peribadi dikongsi secara terbuka apatah lagi isu perkahwinannya digembar-gemburkan.

Namun begitu, Rebecca tidak menjangka perkongsian gambar berkenaan akan mengundang reaksi negatif daripada orang ramai.

“Saya terkejut sebab ada pihak yang tidak suka. Saya bukannya kongsi gambar bukan-bukan, cuma gambar keluarga sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan Shahida mengkritik Rebecca suka menumpang populariti dan mencapap.

Enggan berdiam diri, aktres itu bagaimanapun tampil membidas kenyataan isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu yang telah mendakwanya sebagai individu ‘gila’ publisiti murahan.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” – Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Keluarga, Rebecca Nur Al Islam Titip Ucapan Istimewa Buat Bonda Rozita – “Semoga Cinta Ini Kekal Abadi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mama Pesan Jangan Sedih, Biarkan Dunia Kecam… Allah Tetap Ada” – Rebecca Nur Al Islam Bangkit Hadapi Dugaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Tue, 12 Oct 2021

Tidak Perlu Ujian Saringan COVID-19 Untuk Ke Langkawi – KJ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan individu yang ingin ke Langkawi tidak perlu lagi membuat saringan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi. Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , keputusan itu dibuat selepas mengambil kira […]

Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

error: Content is protected !!