Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2025 @ 7:50pm

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Usahawan sensasi, Rozita Ibrahim tampil membidas kenyataan netizen yang menggelar suaminya, Ustaz Khairul beruntung dan hanya ‘cuci kaki’ apabila berkahwin dengannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan agar netizen tidak menghina atau mengeluarkan kata-kata sindiran terhadap suaminya.

“Ada netizen komen, ‘untunglah dapat suami yang cuci kaki.

“Pada saya, kita jangan menghina sebab tiada sesiapa yang kaya di muka bumi ini.

“Kata guru saya, semua manusia adalah miskin termasuk saya..maksudnya yang kaya hanya Allah sahaja.

“Semua manusia melalui takdir masing-masing. Kalau nak kata suami saya ‘cuci kaki’, saya pun tidaklah kaya..kaya pun sebab atas izin Allah.

“Bagi saya adalah tidak manis apabila menghina orang kerana dia tidak setaraf dengan saya kerana kekayaan sebab saya ini sebenarnya miskin. Saya tahu macam mana azabnya menjadi orang miskin.

“Jangan hina orang, kesian dekat diri sendiri sebab hati itu berpenyakit,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan respons kurang senang dengan kenyataan yang diberikan ibu kepada usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri itu.

Ini kerana, ramai yang sudah bosan dengan nasihat yang diberikan dek kerana menyifatkan apa yang diperkatakan Bonda Rozita tidak selari dengan tindakannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kulit Wajah Berjerawat & Bermasalah Pernah Jadi Penyebab Aina Abdul Hilang Keyakinan Diri

Kulit wajah yang bermasalah pernah menjadi penyebab penyanyi Aina Abdul hilang keyakinan diri. Menurut pelantun lagu Sumpah itu, masalah muka berjerawat sudah dialaminya semenjak zaman persekolahan lagi. “Semenjak berada di sekolah menengah, saya mengalami masalah […]

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Thu, 11 Jul 2019

没经验!女子第一次搭飞机「雀跃」走入行李输送带

日前有旅客闹出大乌龙,这名第一次搭飞机的女乘客因为不熟悉流程,竟然误把「行李输送带」当成登机入口……

Trending Thu, 17 Jun 2021

Aedy Ashraf Sudah Mula Cerewet – “Sebab Ia Beri Impak Kepada Diri Saya…”

Tapi min dah tengok Aedy ni berlakon since dia kecik lagi…

Featured Wed, 22 Jun 2022
error: Content is protected !!