Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2025 @ 7:02pm

[VIDEO] Jefri Nichol Kumpul Duit Kahwin, Tak Sabar Nak ‘Halalkan’ Ameera Khan – “Dia Wife Material”

Pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol, mengakui dirinya bertuah memiliki kekasih seperti Ameera Khan yang menurutnya cukup sempurna sebagai calon isteri.

Menerusi satu video di TikTok yang kini tular, Jefri secara terbuka meluahkan hasrat mahu memperisterikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu.

“Kami dah bersama sejak Januari. Memang saya nak kahwin dengan Ameera. Dia ada semua ciri isteri idaman. Cuma sekarang saya tengah kumpul duit dulu. Kalau seseorang itu pandai jaga hati kita, bagi saya itu dah cukup,” katanya jujur.

Tambah Jefri lagi, dia kini fokus untuk memastikan kewangannya stabil sebelum memikul tanggungjawab besar sebagai suami.

Dalam pada itu, pelakon Ali Topan itu turut memuji sikap Ameera yang bukan saja cantik tapi juga sangat mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.

“Dia ambil berat tentang kerja dan keluarga saya. Itu yang buat saya lagi sayang,” katanya.

@ameerakhan_

#part1 oke password nya wifey and husband material cailaa kecintaan banget bang @Jefri Nichol 😍💖 #ameerakhan #jefrinichol #littlemisskhan #lmk #fypシ゚ #fyp #viralvideo #viraltiktok #fypdong #fyppppppppppppppppppppppp #indonesia

♬ suara asli – Littlemisskhan – Littlemisskhan

Sebelum ini, Jefri menafikan sekerasnya dirinya pernah meniduri lebih 20 wanita, sebaliknya menegaskan kenyataan itu satu penipuan.

Sekadar info, hubungan cinta Jefri dan Ameera mula bertaut kembali sekitar hujung Mac tahun lalu.

Kini, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat makin terbuka berkongsi kemesraan mereka di media sosial, sekali gus memberi bayangan hubungan mereka kini lebih serius.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kesal Hilang Kerjasama Jenama Terkemuka, Jefri Nichol Bersumpah Hanya Bergurau Pernah Tiduri Lebih 20 Wanita – “Saya Masih ‘Virgin’”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Trending Mon, 23 Oct 2023

Suami Orang Pakai Tudung, Kantoi ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Dah lah suami orang! Tak senonoh betul dia ni. Hati-hati wanita di luar sana.

Featured Sat, 18 Apr 2026

Black Hanifah ‘Rindu’ Vibes AJL, Yakin Hijab Rindu Mara Ke Final AJL40 – “Saya Doa Lagu Ni Ada Tempat”

Black Hanifah meluahkan hasratnya untuk kembali menghangatkan anugerah ini setelah sekian lama.

Trending Wed, 19 Sep 2018

Sambil Menikmati Makan Malam Mewah, Boleh Berswafoto Di Atas Sayap Kapal Terbang. Wow!

Kuala Lumpur menambahkan satu lagi daya tarikannya dengan pelancaran Plane In The City, sebuah kapal terbang lama yang diubahsuai menjadi sebuah restoran eksklusif.

Trending Mon, 21 Sep 2020
Hiburan Sat, 23 Sep 2023
Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana

error: Content is protected !!