Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2025 @ 12:38pm

“Tanpa View, Tanpa Viral Mereka Hanyalah Sampah Busuk Yang Tak Layak Dikutip” – Azhan Rani

Pelakon versatile, Azhan Rani tampil memberikan respons susulan pempengaruh tular yang didakwa menghina golongan graduan seni sebagai ‘bodoh’.

Kata Azhan, modus operandi pempengaruh adalah sama iaitu melakukan perkara pelik sehingga mencetuskan kontroversi dek kerana mahu mendapatkan ‘view’ yang tinggi.

Jelasnya, ini adalah taktik lama yang diguna pakai golongan pempengaruh.

“Pada aku modus operandi mana-mana influencer pun sama je. Nak dapat view tinggi.

“Kalau tak buat benda-benda pelik dan trigger orang nanti view sendu. Payah nak famous. Bila dia petik graduan seni, harapan dia orang-orang seni akan sedar kewujudan dia, wartawan dan media akan highlight pasal dia dan dekat situ la dia dapat ‘spotlight’ dia. Ini taktik lama.

“Dari yang pangkat Tan Sri, Datuk sampai budak sekolah yang jadikan content untuk famous dan cari makan inilah resepi dia orang. Bab mabuk spotlight ni bukan kat influencer je ada ya?. Orang-orang macam aku pun ada. Mungkin dekat tempat kerja kau orang pun ada juga,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan juga berpendapat tindakan membangkitkan rasa marah dalam kalangan masyarakat hanyalah helah untuk menarik perhatian sahaja.

“Tak kisahlah kau orang nak marah, maki dia, buka forum kecam berjemaah dekat dia pun tak apa. Sebab dia cuma nak kau orang masuk perangkap dia bercakap pasal dia dan tahu kewujudan dia.

“Nanti bila dah famous dia akan petik lagi isu-isu lagi berat untuk anda semua sebut nama dia lagi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pemenang kategori Antagonis Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ini menegaskan, dia enggan menyebut nama individu berkenaan kerana menganggap ilmu dan pengalaman yang diperolehi sangat mahal untuk dirinya.

Malah, Azhan turut menitipkan pesanan bahawa kelemahan sebenar individu tersebut adalah apabila orang ramai mula mengabaikannya.

“Untuk aku, biarlah cakaplah apa pun aku tak nak sebut nama kau. Ilmu dan pengalaman yang aku dapat tak mudah dan mahal untuk aku.

“Buat posting macam ni pun sebenarnya macam aku dah bantu dia sikit. Tapi tak apa, aku just nak bagitau pendirian aku sahaja.

“Pada aku, kalau kau orang tak suka orang macam ni satu cara je, abaikan dia. Kelemahan orang macam ni adalah bila diabaikan, tanpa view, tanpa follower, tanpa viral.

“Mereka hanyalah sampah busuk yang tidak layak dikutip oleh majlis perbandaran pun,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Terdahulu, tindakan seorang pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam yang didakwa memperlekehkan beberapa jurusan di institusi pengajian tinggi tempatan menyorot perhatian ramai.

Malah, kenyataannya seperti yang tular sebelum ini telah membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen termasuklah golongan selebriti tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

“Saya Rasa Terpanggil Untuk Hasilkan Karya Ini Kerana…”- Uyaina Arshad Melangkah Ke Dunia Produksi, Angkat Tema Buli Dalam Filem Ragging – Melawan Bungkam

Uyaina Arshad mendedahkan filem tersebut diinspirasikan daripada kisah benar berkaitan budaya buli dan ragging.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia. Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup […]

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Featured Fri, 7 Sep 2018

Sila ‘Nangis’ Banyak Kali Kalau Nak Dapatkan Manfaat Ini

Air mata mengandungi cairan lysozyme yang mampu membunuh bakteria hingga 59%.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Trending Fri, 25 Jan 2019

Wanita ini didera suaminya kerana tidak melaram ketika menghadiri majlis keramaian

Lelaki terbabit bertindak sedemikian kerana malu dengan kawan-kawannya.

Trending Sat, 25 Jul 2020
error: Content is protected !!