Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 15, 2025 @ 10:12am

[VIDEO] “Tak Patut Saman Rezeki Orang” – Luah Rasa Terkilan, Aliff Syukri Jawab Tuduhan Tiru Rekaan Beg

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang berhasrat untuk menyamannya kerana didakwa mengeluarkan beg dengan reka bentuk yang dikatakan menyerupai beg viral sebelum ini.

Menerusi video sesi siaran langsung di TikTok, Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menegaskan sebagai peniaga, seseorang tidak seharusnya iri hati terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada orang lain.

“Tak patut timbul rasa cemburu terhadap rezeki orang lain. Bila kita menyekat rezeki orang lain dengan saman, ia bukanlah satu tindakan yang baik. Dalam perniagaan, kita perlu yakin dengan kredibiliti sendiri dan sasaran pasaran kita,” ujarnya.

Tambah Aliff, walaupun terdapat banyak produk dengan reka bentuk serupa di pasaran, kepercayaan terhadap jenama sendiri adalah lebih penting.

“Selagi seseorang itu tidak menggunakan jenama anda atau meniru sepenuhnya rekaan asal, saya rasa tiada masalah. Saya cuma kecewa kenapa sampai nak saman,” katanya.

Suami kepada Datin Seri Shahida itu turut menjelaskan lagi beg keluarannya dijual pada harga mampu milik, bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan barang bergaya tanpa perlu membayar mahal.

“Saya hormat semua peniaga, tak kira kecil atau besar. Niat saya berniaga bukan untuk bersaing, tapi untuk membantu. Ada yang teringin beli beg mahal tapi tak mampu. Jadi saya sediakan alternatif dengan harga berpatutan.

“Rekaan saya dikeluarkan dalam kuantiti besar, sekitar 20 juta unit, sebab itu saya boleh tawarkan harga lebih rendah,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila beg yang dikeluarkan oleh Aliff didakwa mirip dengan reka bentuk beg viral yang pernah popular suatu ketika dahulu.

@modelistaempire

#aliffsyukri

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 31 Oct 2021

Mummy Jerung Ni Boss! Sofiaa Marieylla Dah Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single ‘Akulah Jerung Merah’

Popular dengan nama ‘Mummy Jerung’, sensasi TikTok, Sofiaa Marieylla kini mengorak langkah dalam industri hiburan. Terjun ke bidang nyanyian, pemilik nama Wan Siti Mariam Wan Mahyudin, 24, ini muncul dengan single pertama berjudul Akulah Jerung […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Konsert Solo Pertama Amy Search Magic Bakal ‘Bongkar’ Kisah Suka Duka Selepas Empat Dekad

Amy menafikan dakwaan jual mahal lepas ditawarkan beberapa pihak penganjur

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Muzik Video ‘Mencuba’ Sufian Suhaimi Trending Di Youtube!

Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright!

Featured Mon, 22 Dec 2025

Nasihat Dr. Fadzilah Kamsah Tentang Ciri-Ciri Suami Berjuang Selamatkan Rumah Tangga Curi Perhatian, Kamal Adli Tampil Bersuara

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menyorot perhatian apabila berkongsi tentang lima ciri-ciri suami yang berjuang mempertahankan keharmonian rumah tangganya.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih Kata Izreen Azminda

Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

error: Content is protected !!