Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 15, 2025 @ 7:19pm

Bapa Hidap Kanser Paru-Paru Punca Akim Ahmad ‘Stop’ Merokok – “Saya Tahan Lebih Lama Beraksi Di Atas Pentas”

Penyanyi popular, Akim Ahmad mendedahkan dia kini sudah berhenti merokok sejak setahun yang lalu.

Kata Akim, keputusan tersebut diambil selepas bapanya, Ahmad Sulaiman, disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru.

“Turning point dia adalah selepas ayah saya didiagnos kanser paru-paru.

“Jadi kami adik beradik buat keputusan untuk tidak merokok sekaligus menjalani gaya hidup sihat,” katanya kepada XTRA.

Mengulas lanjut, Akim, 34, mengaku keputusan yang diambil itu menunjukkan tanda positif terhadap dirinya.

Kongsinya, dia lebih bertenaga dan bertahan lama ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Saya gembira melihat perkembangan terkini saya terutamanya selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi merokok apatah lagi bila lihat kesihatan bapa saya bertambah baik.

“Ini sekaligus membantu karier saya sebagai penyanyi. Bila saya berhenti merokok, saya ada tenaga untuk bertahan lebih lama terutama bila beraksi di atas pentas,” jelasnya.

Akim berkata demikian ketika ditemui usai sidang media Konsert Rampas yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengaku sukar membuat keputusan untuk berhenti merokok, Akim berkata, untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu dia mengambil pendekatan untuk bermeditasi dan memperbanyakkan zikir.

“Memang susah sebenarnya untuk berhenti merokok, kadang saya tanya patut atau tidak saya berhenti merokok.

“Tapi, ayah saya pesan kalau tak ada rasa nak merokok boleh bermeditasi dan banyakkan berzikir dan fokus perkara-perkara baik,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Saya Sudah Sembuh Sepenuhnya” – Aaron Aziz

Saya tidak mahu lagi terkejar-kejar dan lebih menjaga kesihatan. Apa sebenarnya terjadi

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!