Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2025 @ 7:30pm

“Layak Ke Jadi Ayah Kepada Seorang Anak Yang Hebat” – Achey Sebak Titip Ucapan Hari Lahir Buat Tiara

Pelawak dan penyanyi, Achey meluahkan rasa syukur dan sebak menerusi satu hantaran di media sosial sempena ulang tahun kelahiran anak angkatnya, Tiara Zinnirah Nasir.

Menerusi hantaran tersebut, Achey berkongsi perasaannya sebagai seorang bapa yang berbangga melihat perkembangan dan keperibadian anak perempuannya itu.

Katanya, dia tidak malu apabila terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang mengatakan dirinya menumpang anugerah dan aura Tiara.

“Mungkin awak akan baca caption ni bila dah besar nanti. Dalam tak sedar jatuh air mata ayah. Kadang ayah terfikir nak, layak ke menjadi seorang ayah kepada seorang anak yang hebat ni.

“Harapan ayah, agar Tiara jadikan seluruh kehidupan kamu dengan “kebaikan”.. Walau apa cara dan situasi sekalipun, wahai Tiara yang disayangi ramai dan ada juga yang mengatakan ayah menumpang anugerah aura kamu, ayah tak malu untuk mengtakan ‘benar’ kerana jawapan sebaliknya akan membuatkan orang tak selesa,” katanya.

Di akhir perkongsian tersebut, Achey sempat mendoakan agar Tiara memiliki keperibadian yang baik kelak.

“Maaf kalau ayah dengann mama ada tersilap corak untuk mencantikkan keperibadian kamu.

“Mungkin kamu lah yang kena lakukan sendiri untuk mencantikkan keperibadian kamu kelak dan sentiasa ingat Allah. Selamat ulang tahun Tiara Zinnirah Nasir,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 22 Aug 2020
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Lan Kristal Umum Undur Diri,

Lan Kristal Umum Undur Diri, Harap Rakan Band Hormati Keputusannya

Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Menangis Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak  – “Ibu Cari Rezeki Untuk Anak Ibu…”

Uqasha Senrose luah rasa pilu pertama kali berjauhan dengan anak atas urusan kerja

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

error: Content is protected !!