Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2025 @ 4:32pm

Pierre Andre Akui Ketinggalan Jauh, Tak Rasa Tersaingi Dengan Syamsul & Syafiq Yusof

Selepas menyepi selama sedekad daripada dunia perfileman, pengarah dan pelakon berbakat, Pierre Andre, mengakui dirinya kini agak jauh ketinggalan lebih-lebih lagi apabila menyaksikan pencapaian cemerlang dua nama besar, Syamsul dan Syafiq Yusof.

Namun, Pierre atau nama penuhnya Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, 40, menegaskan dia tidak pernah menyesali keputusan untuk berehat panjang daripada industri, sebaliknya mensyukuri segala pengalaman dan pengajaran yang ditempuh sepanjang tempoh itu.

“Kalau nak kata menyesal, tidak sama sekali. Saya bersyukur kerana dalam tempoh 10 tahun itu, nilai dan harga saya semakin naik… mungkin sebab saya jarang muncul, jadi orang lebih hargai.

“Banyak benda saya belajar, tengok balik mana silap dan salah. Kini saya lebih matang, baik dari segi pemikiran mahupun pendekatan berkarya,” katanya.

Pierre berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Doa Selamat filem Nar’Sata Sekutu Setan di Ibu Pejabat Metrowealth, Petaling Jaya pada Rabu.

Menyentuh soal pencapaian duo adik-beradik popular itu, Pierre tidak menafikan dirinya agak ketinggalan jauh.

Namun begitu, dia tidak pernah berasa cemburu atau tersaingi, malah menjadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat.

“Memang saya ketinggalan jika dibandingkan dengan Syamsul dan Syafiq. Kejayaan mereka sangat jelas dan besar impaknya. Tapi nak kata cemburu tu tidak.

“Saya tak rasa tersaingi dengan mereka sebab hakikatnya musuh sebenar adalah diri sendiri. Setiap hari saya berperang dengan diri. Apa yang mereka capai, bagi saya satu inspirasi untuk jadi pengarah yang lebih baik,” katanya.

Anak kepada pelakon veteran, Khatijah Tan itu turut berkongsi pendekatannya dalam menghasilkan karya berkualiti adalah dengan sentiasa terbuka menerima pandangan dan kritikan terutamanya daripada orang ramai.

Katanya, teguran membina amat penting bagi memperbaiki mutu karya arahannya, termasuk filem terbaharunya Nar’Sata Sekutu Setan yang bakal memulakan penggambaran pada 20 Mei ini.

Filem bergenre seram thriller itu bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Khatijah Tan dan Khenobu.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Sun, 24 Mar 2019
Trending Tue, 21 Sep 2021

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel. Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada […]

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

Dakwaan Pinjam Duit…Ini Komen ‘Ibu’!

Ish siapa punya kerja lah ni!

Trending Wed, 19 Dec 2018

BTS Nak Datang Malaysia Tak Lama Lagi. Yeay!

Mesti anda rasa tak sabar kan?

Hiburan Tue, 10 Sep 2024
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

error: Content is protected !!