Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2025 @ 5:31pm

[VIDEO] Dua Hari ‘Terkurung’ Dalam Rumah, Siti Jamumall Sayu Perjelas Pelbagai Fitnah – “Saya Terlalu Sayang Aiman Mungkin Sebab Itu Allah Tegur”

Pempegaruh media sosial, Siti Jamumall mengakui hanya ‘terperap di dalam rumah selepas konflik rumah tangganya bersama Aiman yang membawa kepada perceraian untuk kali kedua.

Menerusi video tular siaran langsung di TikTok, Siti yang kini sedang hamil lima bulan itu kelihatan sugul dan seolah-olah tidak bermaya terpanggil untuk menjelaskan beberapa fitnah berhubung dirinya.

“Otak saya jadi kosong, saya tak keluar rumah selama dua hari saja. Nak buat ‘live’ pun rasa macam tak ada kekuatan.

“Hari ini saya terpanggil untuk buat siaran langsung juga sebab rasa macam terlalu banyak sangat fitnah keluar merapu-rapu.

“Izinkan saya untuk jelaskan beberapa fitnah supaya tak berterusan, yang pertama ada yang kata saya buat live semasa kejadian untuk mengaibkan. Tidak, pada hari kejadian itu saya sepatutnya memang perlu buat live untuk meniaga.

“Cumanya saya tak boleh nak kawal emosi, ada konflik yang berlaku. Dah takdir, benda pun dah terjadi. Saya tak jangka malam itu saya diceraikan secara langsung,” katanya.

Tambah Siti, apa yang berlaku dianggap satu bentuk teguran daripada Allah selepas terlalu meletakkan harapan dan kasih sayang sepenuhnya terhadap bekas suaminya, Aiman.

“Kenapa, mengapa dan bagaimana terjadi saya tak dapat nak jelaskan. Saya hanya boleh cakap benda itu semua menjadi asbab dan pengajaran, ambil hikmah.

“Allah uji saya dekat benda yang saya sayang mungkin sebab Allah nak tegur saya. Saya meletakkan sepenuhnya rasa cinta pada seorang suami jadi Allah uji perkara itu.

Dalam video itu juga, pembantu rumah Siti menitipkan kata-kata semangat kepadanya untuk terus tabah mengharungi ujian rumah tangganya.

Jelas pembantu rumahnya itu dia menjadi saksi bagaimana cara Siti menjaga suaminya dengan baik.

“Sabar puan. Yang di luar itu tak tahu macam mana puan layan suami. Bibik yang tahu semuanya. Biarkan orang nak cakap apa, bibik tahu puan sangat sabar bila layan suami,” katanya di samping Siti yang menangis teresak.

@laralahnii

Tak perlu kita ketawa atau bertepuk tangan di atas kesedihan dia,benda tu akan berbalik pada kita,cukuplah kita mendoakan yg baik2 untuk dia ,supaya nanti yg baik2 juga akan dtg pada kita🫶🏻❤️ @sitijamumall #sitijamumall #fyp #viral #trending

♬ original sound – Larastoryyᴾᴬᴺᴰᴬᴿᴵᴬᴺ𝖘𝖘 – Larastoryyᴾᴬᴺᴰᴬᴿᴵᴬᴺ𝖘𝖘

Terdahulu, pada Rabu lalu, Siti mengejutkan netizen apabila diceraikan talak dua oleh Aiman ketika sedang bersiaran langsung, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan kecaman di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dakwa Aiman Ambil D*dah & Curang? Siti Jamumall Diceraikan Kali Kedua Dengan Talak Dua Ketika Live TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

“Kan Elok Sekali Sekala Berpakaian Normal” – Busana Aina Abdul Dapat Pujian Netizen

Haa macam ni nampak classy sangat! Apapun Aina memang cantik! 😍

Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Bukan Nak Banding Siapa Yang Lebih Menderita Tapi Tahu Apa Yang Sedang Diperjuangkan”  – Uyaina Arshad Nafi Perkecil Usaha Pejuang Garis Satu

Kata Uyaina, meskipun wujud golongan ‘pejuang garis satu’ seperti dirinya, namun itu tidak bermakna dia memperkecilkan usaha wanita-wanita yang sedang berjuang untuk hamil atau dikenali sebagai ‘pejuang garis dua’.

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Fri, 11 Jun 2021
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

error: Content is protected !!