Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 17, 2025 @ 5:18pm

Kongsi Pengalaman Terima Kotak Misteri Guna Dron, Rupanya Elizabeth Tan Minat Permainan Video Sejak Kecil

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mendedahkan dirinya merupakan peminat tegar permainan video sejak usia muda.

Menurut selebriti yang mesra disapa dengan panggilan Lizzy, minat mendalam terhadap dunia permainan itu timbul hasil pengaruh abangnya sendiri yang aktif bermain game.

“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali.

“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M. Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga. Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara.

“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M. Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,” kata pelantun lagu Knock Knock itu.

Walaupun sedar sesetengah pihak memandang remeh hobi seperti itu, Lizzy tetap percaya bahawa permainan video, jika dimainkan secara seimbang, boleh membawa manfaat.

“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas.

“Banyak permainan yang memerlukan strategi dan reaksi cepat, dan ini sangat membantu dalam kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy turut berkongsi keterujaannya menerima kejutan berupa kotak misteri yang dihantar terus kepadanya melalui dron, pengalaman pertama yang disifatkannya cukup unik dan mengagumkan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.

“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Lizzy menjadi antara selebriti pertama menerima pakej eksklusif bersempena kempen pelancaran Lineage2M di Asia Tenggara.

Menariknya, penghantaran kotak misteri itu turut diterima oleh beberapa figura lain termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, serta pempengaruh Cathryn Li dan Han Xiiao Aii.

Kesemua mereka memainkan peranan dalam kempen promosi menjelang pelancaran rasmi Lineage2M pada 20 Mei ini. Sejak video penghantaran dron tersebut dikongsikan, ia meraih lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari dan terus mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Lineage2M merupakan kesinambungan kepada siri permainan ikonik Lineage, yang telah mengumpul lebih 100 juta pemain di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan pada 1998.

Kini dibangunkan menggunakan Unreal Engine, versi terbaharu ini menjanjikan pengalaman permainan sinematik 4K, pertarungan masa nyata berskala besar dan kebolehan bermain merentasi platform antara telefon pintar dan PC tanpa gangguan atau kompromi dari segi kualiti grafik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

MARVEL’S ICON STAN LEE RUSHED TO HOSPITAL!

The amazing man who brought a world of superheroes to us was rushed to the hospital after falling ill.

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

‘Kes Cerai Tiada Kena Mengena Dengan Maya Karin’ -Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan kes penceraiannya.

Acara Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 6 Mar 2020
Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Tue, 17 Nov 2020
error: Content is protected !!