Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom March 6, 2018 @ 10:46pm

11 Bulan Bernikah, Akhirnya Dato’ Jamal Abdillah Perkenal Isteri Kepada Umum!

Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah (Jamal) , 59, memperkenalkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin (Izatti), 24, kepada media buat pertama kalinya petang tadi.

“Dia anugerah Tuhan” …. itu yang diluahkan Jamal dalam satu temubual usai Sidang Media “Luncheon With The Stars – In Celebration of Secretaries Week 2018”  di Hotel Tenera, Bangi. 

Jamal yang bakal menjayakan program itu bersama Ratu R&B, Dayang Nurfaizah, berkata, walaupun jodoh mereka diatur keluarga dengan jarak usia 38 tahun, baginya wanita asal Kulim, Kedah itu kini menjadi isteri yang harus dihargai dan disayangi.

 

 

“Sememangnya isteri adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Bukan soal sedia perkenalkan atau tidak sebaliknya, dia kini adalah peneman yang setia bersama saya ke mana-mana majlis.

“Kami hanya kenal dua bulan sebelum berkahwin. Itu pun jumpa sekali saja sebelum kahwin kerana sibuk membuat persediaan untuk pernikahan,” katanya mengenai isteri yang dinikahi di kampungnya di Ipoh, Perak pada 1 April 2017.

Akui Jamal lagi, keperibadian Izzati yang lembut selain kedua-dua anaknya yang menyenangi Izzati membuatkan hati beliau yakin wanita terbabit adalah pilihan paling tepat. Wanita bersusuk tinggi lampai itu merupakan perkahwinan ke empat Jamal.

 

 

Sementara itu, Izzati berkata, dia semakin membiasakan diri dengan populariti suaminya juga status Jamal sebagai milik masyarakat.

“Pernah di satu majlis, ada peminat menolak saya kerana hanya mahu bergambar dengan Jamal. Saya tidak ambil hati kerana faham diluar suami adalah milik masyarakat tetapi dia rumah dia adalah milik saya,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Aug 2021
Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Miera Leyana Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 – “Bila Kita Ada Satu Sama Lain, Itu Sudah Segalanya”

Miera Leyana sambut anniversary ke lima tahun bersama Rosland Othman

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Healing Night 2026: Ella, Anuar Zain, Dayang Satukan Jiwa, Kangen Band & Lyodra Panaskan Aura Nusantara!

Pesta muzik berkonsepkan healing di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026

error: Content is protected !!