Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 22, 2025 @ 5:55pm

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Hantu Atau Buaya, Nana Sheme, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 dengan cara yang berbeza apabila memilih untuk menginfaqkan al-Quran serta buku bacaan doa dan tahlil ke masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, dilihat sibuk membuat persiapan, termasuk mengunjungi kedai buku Islamik untuk mendapatkan bahan yang diperlukan serta menyiapkan reka bentuk pelekat yang akan dilekatkan pada al-Quran dan buku doa tersebut.

“Point of view, bagaimana saya menyambut hari kelahiran saya,” tulsinya.

Dalam pada itu, Nana berkata, tindakannya ini dilakukan sempena memperingati pemergian ibunda tercinta.

“Dedicating it to the woman who brought me into this world. Al-Fatihah Mummy,” kongsinya.

@nanashemeeeee dedicating it to the woman who brought me into this world. alfatihah, mummy ❤️‍🩹 @Nana Sheme ♬ Rindu Itu Berat – Adaptasi Novel Yang Paling Patah Antara Kita – Amir Jahari

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan murni yang dilakukan oleh Nana.

Malah, ada juga yang turut meluahkan hasrat untuk mengikuti jejak langkahnya dan melakukan perkara yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

familuv Mon, 6 Apr 2020
Featured Mon, 25 Aug 2025

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Abby dilihat seolah-olah bersetuju dengan pendapat warganet.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Relaks Je Pok Ya Cong Codei Naik Bas” – Netizen Teruja Lihat Sabri Yunus Beli Tiket

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @_nbla.abuzai25 berkongsi video saat dia bertemu dengan pelakon dan pengarah berbakat, Sabri Yunus di sebuah kaunter menjual tiket bas. Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan Sabri Yunus atau […]

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru Dyana & YB Zairil!

error: Content is protected !!