Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin May 19, 2025 @ 4:45pm

Pelukis Terkenal Tempatan Janggutbear Jalin Kolaborasi Bersama Rip Curl

Jenama surfwear ikonik, Rip Curl, memperkenalkan koleksi kapsul t-shirt edisi terhad yang menggabungkan gaya hidup pantai dengan elemen seni dan ekspresi urban melalui kolaborasi terbaharu bersama pelukis tempatan terkenal, Janggutbear.

Koleksi ini, kini boleh didapati di semua butik Rip Curl dan secara dalam talian di ripcurl.com.my, menampilkan dua rekaan eksklusif yang diinspirasikan daripada ketenangan lautan dan gaya hidup santai pesisir pantai, iaitu “The Surf Shack” dan “Surf State of Mind”.

Perpaduan Gaya Urban dan Jiwa Pantai

“The Surf Shack” mengetengahkan suasana santai dan damai sebuah pondok pesisir yang menjadi tempat meluncur, berehat dan mengumpul tenaga. Rekaannya membawa bayangan papan luncur tersusun di luar, alunan muzik lembut dan hembusan angin lautm satu perlambangan kepada ‘rumah’ buat para pencinta laut.

Sementara itu, “Surf State of Mind” pula mengajak pemakai menyelami ketenangan dalaman, seolah-olah meluncur bersama fikiran dan meresapi ritma laut, walaupun tidak berada di atas papan. Ia membawa falsafah ketenangan dan kebebasan yang sering dikaitkan dengan gaya hidup peluncur.

Kolaborasi Seni Bersama Janggutbear

Koleksi ini direka khas untuk penggemar streetwear, pemain skate, peluncur serta individu kreatif yang hidup dengan satu kaki di bandar dan satu lagi di lautan. Di tengah-tengah kolaborasi ini ialah Janggutbear, seorang artis, ilustrator dan pereka grafik yang dikenali menerusi karya-karya berani dan bernostalgia.

Berpengkalan di Kuala Lumpur, Janggutbear terkenal dengan penggunaan watak berwarna mustard serta inspirasi daripada komik, kartun dan budaya pop. Selain menjadi Pengarah Seni di sebuah syarikat media, beliau juga aktif dengan projek seni peribadi seperti mainan “Udara Maksima” dan “Peace-Fully”, dan pernah bekerjasama dengan pelbagai jenama fesyen serta gaya hidup tempatan dan antarabangsa.

Ini merupakan kolaborasi kedua antara Rip Curl dan Janggutbear, menandakan kesinambungan hubungan kreatif yang menghasilkan koleksi unik dan dekat di hati peminat.

Gaya Baharu untuk Jiwa Laut

“Sama ada anda berada di tengah kesibukan kota atau berehat selepas sesi meluncur, koleksi baharu Rip Curl ini direka untuk bergerak bersama anda yang berjiwa seni, penuh gaya dan disahkan berjiwa laut,” menurut kenyataan rasmi Rip Curl.

Koleksi edisi terhad ini kini boleh didapati di butik Rip Curl seluruh negara dan juga secara dalam talian di ripcurl.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jul 2019
Featured Tue, 24 Apr 2018

Ini Cara Paling Berkesan Untuk Berhenti Merokok, Menurut Sains

Ramai ingat cara efektif ialah dengan mengurangkan jumlah rokok yang mereka hisap sikit demi sikit sampai mereka berhenti.

Gaya Hidup Thu, 25 Oct 2018

Kalau Nak Bibir Lembut Dan Cerah, Lakukan Skrub Bibir Guna Berus Gigi Ini

Skrub bibir berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen.

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Featured Tue, 12 Mar 2019
Featured Mon, 11 May 2020

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Ibu bapa turut diingat tidak membahayakan keselamatan anak

Featured Mon, 25 May 2020

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Hari Raya disambut dengan lebih berhati-hati

error: Content is protected !!