Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2025 @ 1:30pm

“Tanggungjawab Dah Terpikul Di Bahu Saya”- Jadi Bapa Muda, Imran Aqil Lebih Hargai Isteri

Personaliti media sosial dan pelakon, Imran Aqil, meluahkan rasa syukur dan tanggungjawab selepas bergelar bapa muda kepada cahaya mata sulungnya yang dilahirkan pada 6 Mei lalu.

Menerusi temu bual bersama program Melodi, Imran berkata, menjadi ‘bapa muda’ pada masa kini agak sukar dan perlu banyak belajar apatah lagi segala tanggungjawab kini berada di atas bahunya.

“Kelainan tu semestinya ada. Saya rasa tanggungjawab menjadi seorang ayah tu sudah terpikul di atas bahu saya.

“Bila dapat anak pertama tu kan macam-macam tips kita dapat daripada orang tapi at the same time saya sendiri ada buat reserach juga apa yang perlu dan tak perlu.

“Jadi ayah muda ni agak sukar dan banyak juga perlu belajar. Part paling susah adalah bedung bayi. Saya rasa bedung tu antara perkara yang bukan senang. Dan tukar pampers pun boleh terbalik,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai momen menyambut kelahiran bayi perempuan sulungnya yang diberi nama Yusra, pelakon filem Soloz: Game Of Life ini menjelaskan, ketika isterinya yang juga seorang pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal dimasukkan ke dalam bilik pembedahan, dia tidak berhenti menangis dan mendoakan keselamatan isteri dan anaknya itu.

Jelasnya, melihat kepada pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung isteri membuatkan dia lebih menghargai ibu dan isterinya.

“Memang nangis lah masa momen melahirkan tu apatah lagi bila dapat tengok isteri saya perut kena potong, dengan darah lagi, tahan sakit lagi, dan bila saya sendiri dapat potong tali pusat… Masa tu saya memang jatuh cinta pandang pertama, yang saya rasa betul-betul sejati.

“Dan sebelum ni saya da baca populasi ibu meninggal akibat melahirkan secara pembedahan itu tinggi jadi saya doa dan minta dia juga solat taubat dan sebelum dia masuk ke bilik pembedahan (OT) say ada cakap yang saya sayang dia, saya reda dan saya dah maafkan kesalahn dia.

“Overthingking tu memang ada dan alhamdulillah semuanya selamat.

“Bila lihat ibu korbankan masa, tenaga, untuk lahirkan anak tu saya bersyukur. Saya lebih menghargai ibu dan isteri saya,” jelasnya.

Sekadar info, Imran dan Dahlia selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya […]

Hiburan Mon, 20 May 2019

Izzue Islam Bosan Jadi Baik?

Kalau bawa watak jahat, ia akan jadi lebih ‘berwarna’. Saya mahu lakonkan watak yang menguji kemampuan dan memerlukan saya berusaha lebih di set.

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Doakan Kami! Dalam Dada Ni Macam-Macam Rasa” – Isteri Achey Kembali Jalani Rawatan IVF

Pasangan ini memohon doa orang ramai agar urusan IVF isterinay dipermudahkan.

Featured Fri, 2 Aug 2024
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘ Kalau Nak Meninggal…Meninggal Juga,’ Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Bersama Allahyarham Pak Ngah

Allahyarham Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Mohd Zain pada mulanya disangka seorang yang garang tetapi rupanya…

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

Featured Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!