Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2025 @ 12:01pm

Caprice Dedah Pempengaruh Hantar Gambar L*cah Pada Gadis Bawah Umur, Cuba Bincang Dengan Ibu Mangsa? – “Saya Masih Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah”

Penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice tidak teragak-agak berkongsi beberapa hantaran di media sosial miliknya berhubung kes gangguan seksual melibatkan seorang pempengaruh.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mendedahkan beberapa bukti perbualan antara pempengaruh tersebut dengan seorang gadis remaja berusia 14 tahun.

Mengikut keterangan tangkap layar berupa pesanan langsung yang dihantar, pempengaruh dan remaja berkenaan telah memulakan perbualan pada 14 November 2024 selepas Isha menyatakan hasratnya untuk melakukan kandungan video TikTok bersama.

Bagaimanapun, seakan impian menjadi kenyataan, pempengaruh berkenaan sempat membalas pesanan tersebut dan meminta nombor telefon Isha.

Namun, perbualan yang berakhir menerusi pesanan WhatsApp itu bertukar menjadi perbualan yang disifatkan sebagai ‘jijik’ apabila pempengaruh itu mula menghantar foto tidak senonoh pada remaja tersebut.

Manakala, Caprice atau nama penuhnya, Ariz Ramli menerusi hantaran di ruangan Instagram Stroy turut berkongsi mesej yang dihantaran pempengaruh tersebut kepada ibu mangsa.

Katanya, foto lucah seperti yang tular itu sepatutnya dihantar kepada teman wanitanya dan bukan kepada remaja terbabit.

Sekaligus, pempengaruh merayu agar perkara tersebut tidak diaporkan kepada pihak polis memandangkan insiden berkenaan adalah khilafnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Dia Lembut, Beradab, & Pemalu” – Zila Bakarin Puji Amira Othman, Tak Lupa Pernah Dibelanja Hadiah ‘Ikan Paus’ Ketika Live TikTok

Zila turut mengimbau sikap pemurah Amira yang pernah memberikan hadiah ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

Hiburan Tue, 30 Dec 2025
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!