Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 10:35am

Putri Dahlia Tak Mahu Campur Tangan Isu Rumah Tangga Ibu, Hanya Mahu Nora Ariffin Bahagia

Anak kepada penyanyi popular, Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia mengaku enggan masuk campur isu rumah tangga ibunya.

Kata Putri, kemelut rumah tangga ibu dan ayah tirinya adalah hal melibatkan orang dewasa dan dia sebagai anak tidak mahu mencampuri urusan tersebut.

Jelasnya, dia juga tidak membaca dan mengambil kisah komen-komen berbentuk kecaman di media sosial.

“Saya mungkin pelik sikit, tapi sebenarnya saya orangnya tak baca komen. Saya sangat jarang buka TikTok, tapi kalau nak post video mungkin.

“Bagi saya mama (Datuk Nora) dan ayah tiri adalah orang dewasa. Saya sebagai anak tak terlibat dalam isu ini. Tapi kalau Mama ajak keluar makan saya okay sahaja.

“Dari segi mental, saya hanya fokus buat lagu ‘Aku Ada’ dan soal isu itu saya tak terlibat dan saya hanya trust sahaja apa yang Mama buat.

“Apa yang Mama buat mesti bersebab dan saya hanya sokong dia dari jauh,” katanya.

Putri Dahlia berkata demikian usai majlis sidang media Pelancaran Muzik Video berjudul, Aku Ada duet bersama Zaki Yamani yang di adalan di Puchong Selangor pada petang Jumaat.

Ketika disoal sama ada dia seorang yang sensitif, Putri bagaimanapun menolak dakwaan tersebut.

Katanya, tindakan menangis pada konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey itu adalah kerana rindu terhadap Allahyarham bapanya.

“Saya tak rasa nangis tu buat orang sensitif. Saya nangis sebab saya rindu ayah saya.

“Saya nangis masa tu bukan sebab saya affected. Kerana, memang setiap hari saya ingat arwah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, anak gadis berusia 21 tahun ini juga menjelaskan, dia adalah ‘ahli terapi’ untuk semua orang di rumah termasuklah ibunya.

Sekaligus, menitipkan pesanan buat pelantun Lagu Di Persimpangan Dilema itu.

“Kadang-kadang saya boleh dianggap ‘pakar terapi’ di rumah.

“Saya memang rapat dengan ibu dan selalu dengar apa masalahnya. Tapi, saya bukan memberi nasihat tapi hanya mendengar kerana mungkin mereka mahu meluah sahaja.

“Untuk Mama, sebenarnya saya nak dia buat choices yang boleh buat dia happy. Jadi, apa-apa yang dia buat sekarang adalah untuk diri dia, kebahagian dia. And, whatever makes her happy, alhamdulillah,” jelasnya.

Sekadar info, Putri Dahlia adalah anak ketiga kepada pasangan Nora Ariffin dan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 May 2026

Jamal Abdillah Perjelas Dakwaan Bersara, Akui Hanya Gurauan Pentas

Jelas Jamal, faktor keletihan itu membuatkan dia berseloroh mengenai persaraan ketika sedang membuat persembahan.

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Tue, 24 Dec 2024

7 Tahun Sengketa Berakhir! Ifa Raziah, Roslan Shah Kembali Bersahabat

Setelah tujuh tahun bersengketa, penyanyi Ifa Raziah dan pengacara Roslan Shah akhirnya menamatkan perselisihan mereka. Memilih untuk berdamai, Ifa dan Roslan kembali bersahabat, menyambung ikatan yang pernah terjalin sejak 1998. Mengulas mengenai momen perdamaian tersebut, […]

Trending Tue, 23 Oct 2018

Media Prima Radio Networks Rebrands to Ripple!

There are seven new platforms joining the radio station.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

[VIDEO] Ini Penjelasan Adira Suhaimi Mengenai Isu Sangkar Kucing – “Saya Tak Kejam”

Adira Suhaimi perjelas bela kucing jalanan, tak kurung setiap masa

error: Content is protected !!