Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 26, 2025 @ 3:21pm

Aina Abdul Pernah Berhenti Menulis & Menyanyi Demi Kewarasan Diri – “Saya Nak Cipta Lagu Tanpa Tekanan”

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul mengakui pernah melalui fasa sukar dalam kerjayanya tahun ini apabila terpaksa ‘menjauh’ seketika daripada dunia muzik demi memulihkan semangat dan menjaga kesihatan mental.

Menurut Aina, tekanan daripada pelbagai pihak serta gangguan emosi menyebabkan dia hilang arah dan tidak lagi merasai kebahagiaan dalam berkarya.

“Saya perlu cari balik kebahagiaan dalam muzik. Saya hanya mahu mencipta tanpa penilaian, tanpa jangkaan, tanpa gangguan luar. Kadang-kadang, ia terlalu bising…” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Jelasnya lagi, keputusan untuk berhenti menulis dan menyanyi selama beberapa bulan bukan sesuatu yang mudah, namun itu satu-satunya jalan terbaik ketika itu untuk memelihara kestabilan emosi.

“Awal hingga pertengahan tahun ini, saya langsung tak menulis atau menyanyi. Ia kedengaran menakutkan, tetapi itu pilihan terbaik untuk kewarasan saya,” katanya.

Aina berkata, tempoh ‘menyepi’ itu menjadi titik tolak untuk dia menghargai semula setiap melodi dan lirik yang pernah menjadi darah dagingnya dalam seni.

“Lepas itu, saya belajar untuk lebih menghargai setiap karya dan bunyi yang hadir dalam fasa baharu hidup saya.”

Aina turut berkongsi bagaimana dia mengubah sepenuhnya cara mendekati muzik bukan hanya dalam nyanyian, malah juga dalam proses mendengar dan memahami setiap karya.

“Saya ubah cara saya mendekati muzik, nyanyian, dan juga cara saya mendengar,” ujarnya.

Luahan jujur penyanyi lagu Terus Hidup itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata memberikan kata-kata semangat serta menyatakan sokongan penuh agar Aina terus bangkit dan berkarya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Siti Nurhaliza Dilantik Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Pelantikan ini juga satu anjakan baharu kepada diri saya sendiri kerana penglibatan saya sebagai ALP Aswara ini dalam bidang pendidikan.

Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Fri, 19 Mar 2021

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang […]

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Featured Mon, 8 Nov 2021

8 Orang Terbunuh Dalam Insiden Rempuh Konsert Travis Scott

Seramai lapan orang, termasuk dua remaja disahkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert penyanyi rap Travis Scott, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Texas, Houston, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu. Menurut laman berita E! News, […]

Featured Wed, 21 Sep 2022
error: Content is protected !!